Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

STAND UP AGAIN.

496

Assalamualaikum.

Saya ada seorang kawan sekolah, jiwa juang beliau untuk berjaya amat saya kagumi sekali.

Dari zaman sekolah berniaga sampailah ke alam kerja. Dah macam-macam company dia bukak dari enterprise sampailah ke sendirian berhad.

Dah macam-macam bidang perniagaan dia ceburi, dari jual otak-otak, berniaga kereta sampailah berniaga emas tersontok semuanya.

Dari bujang sampai bercerai, kahwin lagi, cerai lagi dan kini kahwin lagi.

Dari naik kapcai sampailah ke sport car, semua habis kereta kena tarik.

Dari modal air liur, sehingga banyak duit, sampailah terbelit hutang pusing duit orang kantoi masuk penjara.

Dari nama clear, sampailah nama rosak turun naik mahkamah sampai bankrupt.

Dari badan sihat, accident retak tulang punggung kini dah boleh berjalan kembali.

Dah lama beliau menghilang, baru-baru ni je nampak mulai berjaya dengan kedai makan ‘Shell Out’ beliau di samping tersenyum bahagia dengan istri entah yang ke berapa.

Kental sekali semangat juang beliau, kita yang pernah jatuh ni pun tak sekuat itu.

Begitu jugalah ceritanya jika kita dalam forex ni dulu pernah buat duri dgn banyak orang. Hadapi semua itu dengan penuh gentleman, jangan lari. Perbaiki kesilapan lalu, bayar balik sedikit demi sedikit kerugian orang yang pernah kita kecewakan dulu.

Jika kita akui kesilapan yang lalu, in shaa Allah orang akan sayang kita dan terus doa dan beri semangat untuk kita. Sebaliknya kalau kita lari, orang akan benci dan sumpah seranah kita sehingga susah untuk kita naik semula.

* Cerita lama jadikan pengajaran, cerita baru jadikan harapan 👍

Kredit to Abang Abdullah Fakhri

===================================

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan efisien.

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.