Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Persediaan Perdagangan Sepenuh Masa

22

Perdagangan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Aktiviti perdagangan negara adalah petunjuk tahap kemakmuran rakyatnya dan menjadi penanda aras untuk tahap ekonomi negara sendiri. Jadi boleh dikatakan bahawa perdagangan adalah nadi ekonomi negara. Melalui perdagangan, sesebuah negara boleh menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran supaya secara tidak langsung perdagangan juga berkait rapat dengan dunia politik. Perdagangan Antarabangsa adalah interaksi antara negara dalam bentuk jual beli barang dan perkhidmatan berdasarkan kesepakatan bersama. Kerjasama antarabangsa dalam bidang perdagangan bukanlah sesuatu yang baru saja dimulai, tetapi sudah ada sejak dahulu lagi. Bagi maklumat selanjutnya dan klik di sini.

Namun perdagangan mempunyai banyak cabaran yang boleh memberi kesan kepada mental seorang pedagang. Antara cabaran tersebut adalah

mata wang naik turun

-Naik Turun Nilai Matawang

Dalam dagangan forex pasarannya sangat aktif dan tidak terlalu stabil. Nilai mata wang boleh sahaja berubah dalam beberapa saat yang berlalu dan jika para perdagang tidak berhati-hati dan teliti, maka modal mereka boleh habis dalam sekelip mata sahaja. Para pedagang forex yang mengharapkan keuntungan dalam jangka masa yang terdekat mungkin terdedah kepada ketidakstabilan teruk yang tidak dijangka dan menjadikan mereka tidak mendapat keuntungan

emosi tidak terkawal

Emosi Tidak Terkawal

Ini merupakan masalah utama kepada pedagang.Para pedagang gagal dalam mengawal emosi  mereka sendiri. Para pedagang terlalu mengejar keuntungan sehingga mereka lalai dan tidak dapat mengawal emosi mereka ketika berdagang.

Sebagai langkah bejaga-jaga, mereka perlu membuat persediaan mental sebelum melakukan perdagangan. Antara persediaan tersebut adalah

Berfikir dahulu

Sering Bertanya Diri Anda “Sudah Bersedia Untuk Perdagangan Sepenuh Masa?”

Adakah anda mempunyai modal yang mencukupi? Bayangkan berbulan-bulan tidak mendapat gaji dan tidak membuat keuntungan sementara anda masih perlu membayar makanan, sewa, utiliti, dan langganan  anda. Adakah anda boleh hidup tanpa pekerjaan? Tidak mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang anda perlukan walaupon untuk makan dan membayar bil bulanan untuk mengekalkan gaya hidup anda seperti seblum ini. Sebelum anda mengambil semua risiko ini, pastikan anda telah menemui broker yang boleh dipercayai dan mempunyai pelan dan strategi perdagangan (boleh dikatakan sebagai satu set yang amat penting apabila ingin memulakan dagangan forex) yang boleh menghasilkan keuntungan kepada anda dalam pelbagai situasi tidak kira masa dan tempat.

Bagaimana dengan melakukan penyelidikan dan pengetahuan berkaitan forex sepanjang hari setiap hari? Sekiranya anda berfikir bahawa anda hanya berada di dalamnya untuk mendapat keuntungan dan tidak meluangkan waktu untuknya, anda telah menempah tiket kegagalan yang bakal menghantui sepanjang hidup anda.

kehidupan baru

Bersedia Untuk Perubahan Gaya Hidup

Sekiranya anda ingin menjadi pedagang sepenuh masa, pastikan anda bersedia secara psikologi untuknya dan bagaimana ia boleh mempengaruhi orang di sekeliling anda.

Adakah anda boleh berdagang sendirian sepanjang hari untuk setiap hari atau adakah anda memerlukan lebih banyak interaksi dalam rutin harian anda? Bolehkah anda menumpukan perhatian pada perdagangan walaupun alat kawalan permainan anda berada beberapa kaki jauhnya? Bolehkah ibu bapa / pasangan / anak- anak / rakan serumah anda memberi anda masa dan ruang yang anda perlukan untuk menghabiskan masa dalam pejabat di dalam rumah? Bolehkah anda mengekalkan jadual kerja di rumah? Jika anda telah berkata “TIDAK” untuk salah satu daripada perkara itu, maka anda mungkin harus memikirkan semula keputusan anda untuk menjadi seorang pedagang sepenuh masa.

Anggap Perdagangan Sebagai Perniagaan.

Bahagian yang paling sukar dalam perdagangan sepenuh masa ini adalah untuk sentiasa mengingati bahawa perdagangan ini sememangnya seuatu perniagaan. Anda mungkin boleh memakai baju tidur atau tidak berbaju di hadapan skrin anda tetapi perdagangan sepenuh masa ini sangat penting tidak seperti sumber pendapatan kerja yang lain.

JustForex

Mencari broker JF

Menubuhkan ruang pejabat, meminimumkan gangguan, dan berdisiplin tentang “waktu kerja” adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda memulakan aktiviti perdagangan sepenuh masa. Menjana wang dari perdagangan sahaja mungkin terdengar menakutkan dan meletihkan . Tetapi jika anda telah mempersiapkan diri secara mental dan kewangan dan anda telah membangunkan rangka kerja perdagangan untuk membimbing diri anda mendapatkan keuntungan dalam jangka masa panjang, maka tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh menjadi salah satu pedagang yang akan mencapai kebebasan kewangan melalui perdagangan.

seorang profesional

 

Boleh Menerima Kerugian Seperti Peniaga Profesional

Sikap mental seorang peniaga forex profesional yang telah berjaya pastinya bernilai digunakan sebagai rujukan. Peniaga profesional sentiasa berfikir tentang membuat keuntungan yang konsisten dalam jangka masa panjang (ia boleh menjadi bulanan, kwartalan atau tahunan). Sistem perdagangan mereka telah diuji dan sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa sehingga ia mempunyai jangkaan keuntungan yang agak tinggi (jangkaan). Bagi mereka kerugian bukanlah masalah yang serius kerana mereka berdagang untuk keuntungan (bermain untuk menang), tidak berdagang untuk tidak kalah (bermain untuk tidak kalah). Kerugian adalah realiti yang sentiasa ada dalam perdagangan dan anda mesti dapat menerima. Jika dalam jangka masa panjang keuntungan anda masih tidak mencukupi, cuba untuk sentiasa memperbaiki sistem perdagangan anda untuk menghasilkan nombor jangkaan keuntungan yang lebih besar.

emosi

Komitmen Untuk Sentiasa Mengamalkan Mengawal Emosi Dari Semasa Ke Semasa

Emosi dalam perdagangan tidak boleh dihapuskan dengan cepat. Ia mengambil masa yang lama untuk dapat benar-benar berdagang tanpa emosi. Emosi boleh merosakkan pelan dagangan yang akhirnya membuat hasil dagangan anda terlepas jauh dari apa yang anda harapkan. Anda mesti mempunyai komitmen untuk sentiasa mengamalkan mengawal emosi setiap kali anda memulakan aktiviti perdagangan. Itulah sebabnya ia memerlukan senarai semak keadaan emosi dalam pelan perdagangan sebagai maklum balas untuk meningkatkan kestabilan emosi anda.

Kesimpulan

Sebagai seorang pedagang anda seharusnya berfikiran lebih profesional dan boleh mengawal emosi semasa melakukan aktiviti dagangan. Hal ini kerana melakukan kerja dalam emosi boleh mengakibatkan berlakunya perkara negatif seperti tidak mendapat keuntungan. Jika anda betul ingin berdagang anda harus mempunyai tekad dan keyakinan yang tinggi supaya tidak menyesal di kemudian hari kelak.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. FXTM
  10. Fx Giants
  11. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Introducing Broker CXM

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.