Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

KITA DIUJI DENGAN APA YANG KITA IMPIKAN

291

Assalamualaikum.

Sebagai seorang trader kita impikan untuk menjadi seorang yang konsisten. Namun ujian demi ujian akan bakal kita hadapi dalam mencari sebuah konsistensi. Teruskanlah melangkah walau apa jua pun rintangannya.

Tahukah kita bahawa untuk konsisten itu bukanlah suatu perkara yang mudah? Jangankan bagi trader-trader baru, trader lama pun masih ramai yang tidak konsisten. Misalkan kita ingin menjana profit secara konsisten sebanyak 20% sebulan, padahal kita tahu market itu bukan kita punya. Bermacam cara kita cuba adjust pada trading sistem yang sediada, namun tetap sahaja keputusan trading tidak sama setiap bulan. Adakala kita mampu mencapai target 20% tersebut, adakalanya mendapat profit yang lebih dan adakalanya pula rugi teruk. Perkara ini adalah suatu yang lumrah dalam dunia trading, tidak perlu kita risaukan kerana inilah ‘nature of trader’.

Apa yang paling penting adalah apabila ada bulan-bulan yang terlebih profit, hendaklah di bulan berikutnya kita jangan over confident dengan berharap akan mendapat profit lebih juga seperti bulan lepas. Kita harus lebih berhati-hati, boleh jadi bentuk market pada bulan depan akan berubah tidak seperti jangkaan kita.

Manakala jika ada bulan yang rugi, jangan sampai trade di bulan berikutnya kita geram dan berdendam dengan market hingga hilang kawalan emosi. Kita nak cepat-cepat cover loss bulan lepas dengan berani mengambil risiko merubah lot sizing yang lebih besar, akhirnya bukan profit besar yang kita perolehi malah sebaliknya loss yang semakin banyak.
.
.

Berlajarlah mengawal emosi, market tidak selalunya indah. Apabila kita dapat profit lebih withdraw lah dulu dan sebahagiannya simpan untuk top up jika nanti ada bulan-bulan yang rugi.

Konsisten tidaklah dinilai sehebat mana kita berjaya meraih profit setiap bulan, melainkan konsisten itu diukur dari kemampuan kita dapat kekal lama cari makan dalam dunia forex trading online ini. Lihat sahaja berapa ramai sahabat-sahabat yang seangkatan dengan kita dulu telah kecundang patah di tengah jalan, alhamdulillah hari ini kita masih lagi mampu bertahan. Syukurilah nikmat profit yang Allah berikan walaupun ianya sikit iaitu dengan cara bersedekah dan mengeluarkan zakat, in shaa Allah nanti Allah akan tambahkan lagi dengan profit yang lebih banyak dan berkah . . . Aamiiin Ya Razzak.

====================================================================

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan efisien.

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.