Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

SCAMMER DIPERLUKAN !!!

593

Assalamualaikum.

Dalam industri apa sekali pun pasti akan ada scammer, begitu juga dalam forex.

Scammer ni ada dua jenis. Satu jenis scammer yang memang dia tidak merancang untuk jadi scammer, tapi keadaan memaksa dia jadi scammer dan yang kedua jenis scammer yang dari awal-awal lagi merancang dan cari makan dengan cara scam orang.

Scammer ni akan berterusan muncul. Hilang sorang akan datang lagi seribu scammer baru dengan taktik yang berbeza. Selagi ada syaitan selagi itu akan ada scammer.
.
.

Dalam forex ni paling banyak scammer. Baik itu dari broker scam, iB scam, local exchanger scam, cikgu scam dan scammer paling besar sekali sekarang ni adalah copytrade scam.

Banyak kes berlaku sebelum ini melibatkan kerugian fund orang ramai berjumlah puluhan juta dollar. Scam-scam ini dirancang secara halus yang dilakukan secara berkumpulan terdiri dari broker, iB, local depositor, copytrade account manager dan para marketer. Modes operandi mereka menawarkan profit yang konsisten 10-15% sebulan, tunjuk kereta mewah, duit berkepok-kepok, ngopi di cafe-cafe mewah, percutian exclusive dan lain-lain kemewahan. Bila fund terkumpul semakin besar, akan mulalah nanti berlaku plug in.

Saya tidak menuduh semua copytrade yang menawarkan konsisten profit itu scam. Hanya saja selama mana ianya akan konsisten? Sedangkan kita pun tak konsisten beribadah kepada Allah, ada masa semangat dan ada masa iman lemah dan terkucil. Justeru itu adanya istilah taubat untuk kita kembali insaf. Namun apakah ada ‘taubat’ dalam copytrade jika account dah MC?

So berhati-hatilah dalam menggunakan istilah konsisten. Kerana kita ini manusia, bukan malaikat. Kullu bani adam khotto’un(setiap anak adam itu pasti berbuat salah, HR Tirmizi & Ibnu Majah).

Para scammer ni memang perlu ada dalam forex. Biar newbie tahu, forex ni bukan benda yang mudah boleh kaya dalam satu malam.

Banyak orang terlibat dalam forex ni semuanya bermentality nak kaya cepat, nak senang goyang kaki cukup bulan masuk duit. Bila mereka fikir ada peluang untuk dapat profit yang konsisten, mereka fikir ini adalah peluang keemasan. Bila mereka sudah tersontot dengan skim-skim begini, barulah mereka sedar forex itu haram. Selagi tidak tersontot selagi itu halal. Habis tu kita yang self trade ni, buat analisa market dan tak tidor malam monitor position ni dia oranh fikir kita ni apa? Buat keje haram ke?

Eloklah newbie ni kene scam dulu, dah terantuk nanti barulah mereka rasakan tergadaknya. Sebelum ni dah berbuih mulut orang bagi nasihat tapi taknak dengar.
.
.

Jangan salahkan scammer, kerana sikap kita nak cepat kaya dan senang lenang inilah yang membuka ruang kepada para scammer ini mencari mangsa.

#SetiapMaklukAllahItuAdaFungsinye masing-masing. Mereka diciptakan sebagai ujian kepada sebahagian yang lain. Jika kita tidak pandai mengawal nafsu serakah, maka ianya akan menjadi bala kepada kita.

Waullahualam.

Kredit to Fb Abdullah Fakhri

♥ Sentiasa ikuti perkembangan kami dengan join channel
https://t.me/traderforexmalaysiadotcom

===================================

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan efisien.

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.