Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Harga Minyak di Riyadh Bakal Melonjak Naik Ke Tahap Luar Biasa

319

Harga minyak

 

Arab Saudi menegaskan kepimpinannya dalam kalangan pengeksport minyak melalui pelbagai cara. Pihak berkuasa Kerajaan bertekad untuk memaksa saingan Iran keluar dari pasaran mentah global.Putera Mahkota Saudi Arabia Mohammed bin Salman mengatakan bahawa harga minyak bakal melonjak hingga ke tahap yang luar biasa. Hal ini dapat dielakkakn dengan cara negara-negara pengeluar minyak bersatu untuk meningkatkan serangan ke atas Iran. Pengeluaran minyak di Iran berleluasa sehingga menimbulkan ancaman kepada pasaran minyak global.

Kemudahan minyak utama Saudi Aramco milik negara menerima serangan drone dari Iran baru-baru ini menambahkan lagi  kebencian terhadap Iran.Pemberontak Houthi dari Yemen mengaku bertanggungjawab untuk pengeboman. Walau bagaimanapun, beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Great Britain, Jerman, dan Perancis percaya bahawa Tehran bersalah. Namun, Iran menafikan penglibatannya dalam serangan itu. Riyadh telah mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak hamper setengah atau 5.7 juta tong sehari selepas mereka menerima serangan udara.

 

>>DAPATKAN BONUS 100% SUPPORT MARGIN DARI INSTAFOREX<<

 

Hebatnya, kerajaan menghidupkan semula kemudahan pemprosesan mentahnya dalam kapasiti asal. Melalui rizab minyak yang strategic, Saudi Aramco dijangka memenuhi komitmennya kepada pelanggan.Memetik Putera Mahkota Saudi, serangan drone terkini boleh dilihat sebagai pencetus untuk peperangan. Ketika Riyadh dan Tehran melalui proses kes ketegangan yang meningkat, Timur Tengah bakal menghadapi kemerosotan ekonomi yang sangat teruk.

Mohammed bin Salman menegaskan bahawa 30% daripada medan minyak dunia didepositkan di rantau Teluk dan 20%  laluan perdagangan melintasi Timur Tengah. KDNK menyumbang kepada 4% dalam keseluruhan ekonomi global. Konflik bersenjata Arab Saudi dan Iran akan menghancurkan hal ehwal yang seimbang ini. “ Iran mengambil kesempatan terhadap kecuaian Negara lain serta memberikan cabaran kepada susun atur dunia” kata Raja Salman.

Oleh demikian, ketegangan geopolitik di Timur Tengah akan menyebabkan ekonomi global dipertaruhkan. Harga minyak mentah akan melonjak naik ke tahap tertinggi yang belum pernah di capai sebelum ini. Riyadh bersedia untuk menyelesaikan masalah ini melalui pihak ketiga. Kerajaan berhajat untuk meredakan politik di rantau teluk dengan menyeru presiden AS Donald Trump untuk bertemu pemimpin Iran Hassan Rouhani. Kerajaan berharap merekan akan berunding dengan perjanjian draf baru mengenai program nuclear Tehran.

Sumber : InstaForex.com

 

====================================================================

NajmuldinExchanger ; Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

#analisa #tips #panduan #fx #Neteller #Fasapay #LDFBS #LDINSTAFOREX #LDJUSTFOREX #LDFXTM #LDFULLERTON #LDFOG #LDBCR

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

 

 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.