Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Finance 101

416

RULE 72

SEDARKAH ANDA???

SIMPANAN ANDA DI BANK BERKURANG SETIAP HARI WALAUPUN ANDA TAK KELUARKAN.

TAK PERCAYA?

Pernahkah anda mendengar tentang Hukum 72?

Hukum 72 digunakan dalam bidang kewangan untuk mengira berapa lamakah jangkamasa yang diambil bagi seseorang untuk menggandakan wangnya, seperti berapa lamakah untuk RM100 anda menjadi RM200.

Cara pengiraannya mudah. Anda hanya perlu tahu berapakah pulangan yang diberi oleh tempat di mana wang anda disimpan. Contohnya, akaun simpanan biasa atau al-wadiah memberi pulangan kira-kira 1% setahun. Maka angka 72 dibahagi dengan 1, jawapannya ialah 72. Wang anda akan mengambil masa 72 tahun untuk berganda jika disimpan dalam instrumen ini!

Akaun semasa atau al-mudharrabah pula memberi pulangan kira-kira 3% setahun. Maka 72 dibahagi dengan 3, jumlahnya ialah 24. Maka di dalam instrumen ini, wang anda akan mengambil masa hanya 24 tahun untuk bertambah 2 kali ganda! Ini bererti 48 tahun lebih cepat daripada akaun simpanan biasa!

Bagaimana pula jika wang anda disimpan dalam amanah saham yang memberi pulangan lebih kurang 8% setahun? 72/8 = 9. Hanya 9 tahun diperlukan untuk menggandakan wang anda melalui instrumen ini.

Hebat bukan? Semakin tinggi pulangan yang diberikan oleh simpanan anda, semakin cepatlah ia berganda-ganda.

Hukum 72 juga digunakan untuk kita menganggarkan bilakah masanya wang kita akan susut nilainya sebanyak 50%. Bahagikan angka 72 dengan kadar inflasi di negara kita. Sekiranya kadar inflasi adalah 4%, maka 72/4 = 18. Ertinya dalam masa 18 tahun lagi wang RM100 anda akan jatuh nilainya bersamaan dengan RM50 sekarang!

Masihkah anda ingat harga sebiji kuih karipap 10 tahun yang lalu? Hanya 30 sen bukan? Tetapi sekarang, anda hanya boleh membelinya dengan harga 40 sen sebiji. Ertinya, wang kita telah susut nilainya sebanyak 25% dalam jangkamasa lebih kurang 10 tahun sahaja!

Maka, adalah lebih bijak sekiranya anda memilih instrumen simpanan yang memberikan anda kadar pulangan yang lebih daripada kadar inflasi. Sekiranya anda menyimpan wang anda sebanyak-banyaknya di dalam akaun simpanan biasa yang memberi pulangan hanya 1% setahun, sedangkan kadar inflasi adalah 4% setahun, ini bererti wang anda bukannya semakin berganda, tetapi semakin menyusut nilainya sebanyak 3% setahun!

Tetapi janganlah pula anda terlalu ghairah untuk mendapatkan pulangan wang yang terlalu tinggi. Perlu diingat, dalam pelaburan, semakin tinggi pulangan, ertinya risiko kerugian yang anda hadapi juga adalah lebih tinggi. Pastikan instrumen yang anda pilih adalah yang bersesuaian dengan “risk profile” anda.

Jangan kerana ingin kaya cepat, anda terperangkap dalam skim cepat kaya! Berhati-hatilah dalam memilih instrumen simpanan atau pelaburan anda. Pastikan ianya mematuhi syari’ah dan undang-undang negara.

Adakah artikel ini bermanfaat bagi anda? Jika ya, sila SHARE supaya lebih ramai mendapat manfaat daripadanya.

====================================================================

TFM www.traderforexmalaysia.com, peneraju portal untuk Trader Forex Malaysia,

Subsidiary NajmuldinExchanger ; Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

#analisa #tips #panduan #fx #Neteller #Fasapay #LDFBS #LDINSTAFOREX #LDJUSTFOREX #LDFXTM #LDFULLERTON #LDFOG #LDBCR

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.