Assalamualaikum.
Setiap sistem manusia pasti ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Begitu juga dengan sistem copytrade, pamm, mam dan sejenisnya.
Kelebihan : Memudahkan broker mencari client yang ramai dengan mengandalkan account manager yang konsisten. Bukan sahaja broker yang dapat income yang konsisten dari upah spread, para iB dan follower juga akan dapat income konsisten dari potion profit dan affiliate.
Kelemahan : Fund terkumpul akan sekelip mata boleh lebur jika berlaku kesilapan samada dari account manager itu sendiri ataupun dari plug in oleh broker yang curang.
.
.
Saya menyokong sepenuhnya jika sistem copytrade ini menjadi suatu kemudahan dan manfaat kepada orang Islam yang boleh dapat portion profit yang konsisten setiap bulan. Ianya boleh meringankan beban mereka untuk membayar ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya.
Namun sebaliknya ianya boleh menjadi mimpi ngeri jika ada segelintir pihak broker dengan sengaja merancang secara halus untuk merugikan fund para follower ini. Nauzubillah min zalik, jangan sampai ini terjadi.
Cerita-cerita ngeri sudah banyak terjadi sebelum ini dengan pelbagai sistem ponzi, pak man telo dan sebagainya. Sekadar profit 10% sebulan boleh sahaja broker bayar tanpa perlu hantar duit depo client ke LP, asalkan jumlah deposit dari client-client baru mestilah melebihi jumlah withdrawal setiap bulan. Justeru itu kita melihat promosi dari broker-broker ini amat gencar sekali dengan pelbagai insentif berupa kereta mewah dan duit komisyen yang berkepuk-kepuk.
Apa yang saya khuatirkan cerita ngeri ini akan berulang kembali. Hanya modus operandinya sahaja yang mungkin berbeza.
Waullahualam.
#WalAsri
Kredit to Fb Abdullah Fakhri
========================================================================
NajmuldinExchanger ; Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.
Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.
Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.
#analisa #tips #panduan #fx #Neteller #Fasapay #LDFBS #LDINSTAFOREX #LDJUSTFOREX #LDFXTM #LDFULLERTON #LDFOG #LDBCR
Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut: