Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

BESARNYA SPREAD KEMBANG! KENYANG MAKAN SPREAD KA?

490

Sepanjang minggu lepas banyak persoalan bermain di media sosial berkenaan pengembangan spread beberapa pair utama di FBS terutamanya pair yang berkaitan dengan GBP

Saya Najmuldin Exchanger ingin memberikan sedikit input berkenaan isu ini mengikut kefahaman saya berkenaan ilmu broker. Kalau ada yang terkurang mohon sifu-sifu bagi penambahbaikan ya!

SOALAN: Besar betul kembang spread ni, kenapa boleh jadi macam ini?

JAWAPAN: Pengembangan spread akan berlaku apabila banyak Negara bercuti, dalam konteks minggu lepas sampai Isnin adalah berkait dengan hari cuti perayaan Good Friday dan Easter.

Seperti kita tahu, ada beberapa perayaan yang mempengaruhi hari cuti sedunia contohnya Good Friday & Easter (March atau April) Hari Buruh (1 Mei) Krismas & Tahun Baru (25 Disember & 1 Januari) dan Cuti Bank Jepun ( Dalam minggu pertama tahun baru). Ini sebahagian cuti yang saya ingat lah…boleh tambah di ruangan komen untuk kita tambah baik ilmu ini.

SOALAN: Habis kalau dah cuti kenapa spread widen lebih besar seperti biasa?

Bagaimana bank holiday mempengaruhi spread?

JAWAPAN: Apabila Bank Holiday, maknanya bank tidak beroperasi di Negara-negara besar dimana liquidity pasaran FX ini disediakan oleh pasaran mereka, contohnya Negara Eropah dan US dan Jepun.

Bila mereka bercuti ia akan merendahkan kadar kecairan pasaran atau apa yang dipanggil Low Liquidity di dalam pasaran. Ye lah, mereka pun nak bercuti dan berehat kan?

Perkara ini amat berisiko dalam pasaran,bila low liquidity risiko untuk terjadi high volatility amat besar, terutamanya kalau berlaku apa-apa news besar yang mempengaruhi market.

Kenapa? Di saat big impact news, tak ada kecairan dalam pasaran untuk support order yang dibuat. Maka terjadilah seperti kejadian pada 3 Januari tahun ini dimana ada big news ( pengumuman keputusan kewangan Apple) berlaku pada Bank Holiday di Jepun, yang menyebabkan flash crash pada masa itu!

Sebagai sebuah broker yang menggunakan quotation harga yang diberikan oleh Liquidity Provider (LP) jadi harga yang kami dapatkan adalah harga yang wajar mengikut risk assessment yang dibuat oleh broker.

Jadi kesimpulannya, elakkan berdagang di saat low liquidity untuk mengelakkan risiko pengembangan spread ini. Sayangi duit anda….market sentiasa ada kata orang. Tinggal Sabar, Sabar dan Sabar sahaja.

Oklah setakat itu sahaja penjelasan saya…segala kekurangan saya pohon maaf di awalnya.

LIKE & SHARE untuk manfaat bersama.

NAJMULDIN HAMZAH
Always By Your Side

====================================================================

TFM www.traderforexmalaysia.com, peneraju portal untuk Trader Forex Malaysia,

Subsidiary NajmuldinExchanger ; Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

#analisa #tips #panduan #fx #Neteller #Fasapay #LDFBS #LDINSTAFOREX #LDJUSTFOREX #LDFXTM #LDFULLERTON #LDFOG #LDBCR

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.