Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Bagaimana Mengelakkan Kerugian Di Dalam Forex

441

Antara faktor utamanya adalah mereka terus sahaja memasukki pasaran forex tanpa mengambil tahu apa itu forex sebenarnya. Forex adalah sebuah perniaagaan. Oleh itu kita hendaklah menjalankan urusniaga forex sama seperti berniaga.

Contoh yang paling mudah di sini, anda ingin menjalankan perniagaan menjual roti canai, tetapi jika anda terus menjual roti canai tanpa mengambil tahu bagaimana membuat roti canai yang sedap dan mempunyai permintaan yang tinggi, adakah anda boleh Berjaya? Tidak bukan? Dalam forex juga sama, jangan bermula jika anda tidak memahami situasi pasaran forex yang sebenarnya.

Di bawah ini adalah kesilapan umum yang anda harus elakkan apabila menceburi bidang forex:

Kesilapan 1 : Menyertai forex kerana boleh cepat kaya

Kebanyakkan para trader newbie gemar menggunakan kadar leveraj yang tinggi kerana mereka fikir, dengan modal yang kecil, mereka boleh melipat gandakan kekayaan dalam masa yang singkat. Ini memang kesilapan besar!! Sememangnya jika anda menggunakan leveraj yang tinggi, dalam masa singkat anda boleh melipatgandakan modal anda. Tetapi, dalam masa yang sama juga anda boleh kehilangan modal anda dalam masa yang singkat juga jika market berpatah arah. Perkara inilah yang kebayakkanya dilupakan oleh para newbie iaitu jika anda menigkatkan lagi potensi keuntungan, anda juga akan meningkatkan
potensi kerugian

Jika anda mahu membuat duit di forex, anda haruslah melindungi modal anda dengan cara mengunakan leveraj yang bersesuaian dengan modal anda. Belajarlah dahulu bagaimana menetapkan leveraj ke atas modal anda sebelum memasuki pasaran forex. Seelok-eloknya anda perlu ada ‘Jadual Perancangan’ untuk mengembangkan modal anda secara berperingkat. Berikut adalah contoh jadual perancangan yang boleh anda ikuti bermula dengan modal USD100

(Peringatan ini adalah contoh : Bagi yg islam sila mengkaji dan memahami hukum leverage di dalam islam sebelum anda bertrading,harap maklum)

Kesilapan 2 : Berfikir membuat duit di forex adalah mudah

Jika buat duit di forex adalah mudah, teori 95% trader baru kebanyakan gagal di dalam forex tidak akan wujud di dalam kamus perniagaan forex. Forex adalah satu perniagaan yang sangat kompleks dan pergerakkan pasarannya amat susah untuk diramal. Anda hanya boleh membuat duit di forex hanya jika anda tahu apa yang sedang anda lakukan.

Jalan terbaik yang perlu anda lakukan untuk membuat duit di forex adalah mengkayakan diri anda dahulu dengan ilmu &
teknik yang betul untuk bertrading di forex. Laburlah modal anda dahulu kepada ilmu pembelajaran forex sebelum melabur ke dalam akaun forex anda.(labur bil internet blajar forex dgn masta CariGold dan lain2).

Kesilapan 3 : Berfikiran bahawa anda lebih bijak dari orang lain atau lebih bijak dari pasaran forex

Kadang-kala ada juga para newbie beranggapan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain di dalam hal trading di forex. Golongan ini kebanyakkanya terdiri daripada student ataupun golongan bijak pandai yang lain. Mungkin sebelum ini mereka pernah mengambil mata pelajaran forex (agaknyelah kot..) dan disebabkan itu mereka beranggapan “alah.. forex ni senang.. aku pernah belajar dulu.” Ini juga kesilapan besar yang perlu anda elakkan. Ingat!! Apa yang anda belajar dahulu adalah 10% teori sahaja. Hakikatnya 90% lagi adalah praktikal yang perlu anda dalami lagi ilmu pengetahuannya. Forex lebih kepada pasaran semasa.

Satu lagi kesilapan biasa adalah, mereka beranggapan mereka lebih bijak dari pasaran forex. Contohnya kebanyakkan trader apabila harga sedang kencang melonjak naik, mereka akan meletakkan sell limit pada sesuatu point tanpa kajian terperinci kerana kononnya berharap harga akan turun pada point yang di tandakan sell limit itu. Adakah ini tindakkan bijak? Pelabur yang bijak sebenarnya mereka akan melakukan trading mengikut trend pasaran.

Jadi, inilah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh para trader forex khususnya newbie semasa menjalankan trading di forex. Semoga melalui info ini, anda tidak melakukan kesilapan-kesilapan tersebut.

Maklumam copy paste dari email..xde tanda copyright tu nak share
Forex2 masta,kalau ada silap salah tolong betulkan yer..

====================================================================

TFM www.traderforexmalaysia.com, peneraju portal untuk Trader Forex Malaysia,

Subsidiary NajmuldinExchanger ; Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

#analisa #tips #panduan #fx #Neteller #Fasapay #LDFBS #LDINSTAFOREX #LDJUSTFOREX #LDFXTM #LDFULLERTON #LDFOG #LDBCR

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.