Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Trading Kripto & Trading Forex mana satu pilihan anda ?

163

Persamaan Antara Pasaran Kripto dan Pasaran Forex

Untuk memulakan trading, anda memerlukan akaun trading dan peranti elektronik moden dengan sambungan internet yang stabil. Anda boleh mempelajari asas trading kripto dengan mudah jika anda mempunyai pengalaman trading forex dan sebaliknya. Seterusnya, carta juga tersedia secara meluas. Dengan ini anda boleh menumpukan perhatian pada trading anda.

Seperti pasaran forex, pasaran kripto juga didorong oleh keseimbangan bekalan permintaan. Harga bergerak lebih tinggi apabila terdapat lebih ramai pembeli daripada penjual dan harga akan jatuh apabila penjual mengatasi pembeli. Oleh itu, anda boleh menggunakan penunjuk biasa dan corak carta semasa trading kripto.

Perbezaan Antara Pasaran Kripto dan Pasaran Forex

JustForex

Broker Selamat Datang JF

Terdapat banyak juga perbezaan antara trading kripto dan trading forex antaranya :

Bilangan Instrumen Yang Ada

Inforex atau trader biasanya menumpukan pada pasangan mata wang utama seperti EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD, USD/CHF, USD/CAD, AUD/USD, NZD/USD. Tetapi ada sesetengah trader lebih suka bekerja dengan pasangan mata wang eksotik termasuk mata wang utama dan mata wang ekonomi membangun seperti Afrika Selatan atau Mexico.

Pada masa ini terdapat lebih daripada 11,000 mata wang kripto yang berbeza dan bilangannya terus meningkat. Sesetengah daripada mereka ditradekan secara aktif seperti Bitcoin atau Ethereum tetapi banyak kripto hanya diketahui oleh peminat kripto yang tegar sahaja.

Terdapat banyak instrumen untuk dipilih dalam pasaran kripto manakala dalam pasaran forex anda boleh merasai tempoh trading yang tenang selama beberapa hari atau minggu.
Selain itu, mustahil untuk kita menjejaki semua mata wang kripto. Oleh itu, semua trader perlu memilih bilangan syiling yang terhad untuk dijejaki dan trader akan bekerja dengan senarai pantauan yang terhad.

Kecairan (Liquidity)

Forex ialah pasaran yang sangat cair, dan volum trading forex telah melebihi $6.6 trilion pada tahun 2019. Dengan ini tidak kira saiz kedudukan anda, anda akan dapat membeli atau menjual instrumen pilihan anda dengan mudah tanpa kegelinciran material. Ini adalah salah satu kelebihan yang besar kerana anda dapat keluar daripada trade pada harga yang sama atau sangat hampir dengan harga yang anda lihat.

Ini tidak benar untuk kebanyakan mata wang kripto. Jumlah had pasaran kripto adalah kurang daripada $2 trilion dan lebih daripada 45% daripada had pasaran akan diambil oleh Bitcoin. Bagi kebanyakan mata wang kripto, trade tidak begitu aktif seperti Bitcoin jadi trader mungkin menghadapi masalah untuk keluar daripada trade pada harga yang dikehendaki.

Perbezaan Besar Antara Syiling

Oleh kerana sejumlah besar mata wang kripto yang tersedia terdapat juga perbezaan yang besar antara syiling. Sesiapa sahaja yang bersedia untuk trade mata wang kripto yang kurang dikenali, mereka perlu menyelami asas mereka tersendiri.

Hal ini kerana, tidak ada cara untuk menjejaki semua peluang dalam pasaran kripto. Oleh hal demikian, trader perlu memberi tumpuan kepada syiling yang mereka kehendaki dengan baik. Ini akan menjadikan saiz senarai pantau trading mereka sama dengan saiz senarai pantau biasa untuk trader forex yang lain.

Kemeruapan (Volatility)

Mata wang kripto kurang stabil ataupun dalam kata lain tidak menentu manakala pasaran forex lebih stabil. Sebagai contoh, mata wang kripto iaitu Bitcoin yang bermula pada tahun ini pada $29,000 dan meningkat kepada paras $65,000 sebelum kembali kepada $30,000 dan melantun semula kepada $45,000. Kesimpulannya, mata wang kripto yang lebih kecil boleh membuat pergerakan besar dalam tempoh masa yang singkat.

Pergerakan sedemikian jarang berlaku dalam pasaran forex dan kebanyakannya berlaku dalam pasangan eksotik. Dalam hal ini, ia menjadi lebih mudah untuk mengawal risiko pada forex tetapi potensi keuntungan lebih besar dalam pasaran kripto.

Potensi Keuntungan

Pasaran kripto mendapat populariti kerana mereka menawarkan peluang untuk membuat keuntungan yang besar. Dalam trading, risiko akan meningkat bersama dengan potensi keuntungan, jadi semua trader harus bersedia untuk mengambil risiko yang lebih besar apabila trade dengan mata wang kripto. Malah, nilai syiling juga boleh hanyut kepada sifar jika projek tidak berfungsi dengan baik atau aliran modal ke dalam syiling yang lebih mantap yang merupakan norma untuk peringkat pasaran membangun yang lebih maju.

Perlu diingatkan bahawa trader boleh meningkatkan potensi mereka dalam trading forex dengan menggunakan leverage. Leverage adalah pedang bermata dua. Oleh itu, risiko juga akan meningkat tetapi trader boleh menguruskan risiko dengan memilih jumlah leverage yang sesuai untuk trade mereka.

Waktu Pasaran

Pasaran kripto dibuka 24 jam manakala pasaran forex dibuka 24/5. Ini adalah perbezaan yang besar dari sudut gaya hidup. Trader forex boleh mematikan skrin mereka dan menikmati hujung minggu mereka manakala trader kripto harus sentiasa berhubung dengan pasaran kerana mata wang kripto sering membuat pergerakan besar pada hujung minggu.

Walaupun kedua-dua pasaran dibuka 24 jam, aktiviti pasaran forex mengikut corak biasa kerana trading forex didorong oleh institusi yang besar. Keadaan ini berbeza dalam pasaran kripto kerana institusi yang lebih besar baru-baru ini mula meningkatkan aktiviti mereka dan banyak syiling didorong oleh trader individu atau firma pelaburan kripto yang kecil.

Keselamatan

Pasaran kripto masih dalam peringkat pembangunan awal dan peraturan yang sesuai sedang dibangunkan di pelbagai negara. Trader kripto perlu berurusan dengan risiko rakan niaga kerana penipuan sering berlaku untuk pasaran yang berkembang pesat dan risiko penggodaman. Baru-baru ini, penggodam telah mencuri $600 juta dalam Rangkaian Poli .

Sebaliknya, pasaran forex dikawal dengan ketat justeru trader forex menghadapi risiko yang rendah. Trader forex juga perlu menyemak sejarah broker mereka dan peraturan yang sesuai di negara tempat broker itu didaftarkan. Memandangkan industri trading forex berkembang dengan baik, penipuan kebanyakannya telah dihapuskan.

 

Memilih antara Trading Kripto dan Trading Forex

Trader harus menyemak matlamat kewangan mereka, modal tersedia, gaya trading dan tuntutan gaya hidup apabila memilih antara pasaran kripto dan forex.

Cara terbaik untuk membuat pilihan termaklum adalah dengan mencuba kedua-dua trading iaitu kripto dan forex dengan akaun kecil dahulu. Selepas beberapa bulan, anda akan melihat pasaran mana yang sesuai dengan keperluan anda. Anda juga boleh memanfaatkan peluang yang tersedia di kedua-dua pasaran.

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. Samtrade FX
  10. FXTM
  11. Fx Giants
  12. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Introducing Broker CXM

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.