Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Petua Keluar Daripada Setiap Persediaan

42

Kebanyakkan pedagang – pedagang menghabiskan banyak masa dan usaha dalam memilih bila mereka akan mula berdagang akan tetapi mereka terlupa untuk membuat rancangan/pelan cara mereka keluar atau meninggalkan perdagangan tersebut. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Namun apa gunakan sekiranya anda mampu melaksanakan dan berjaya semasa kemasukan anda dalam dunia dagangan tetapi anda tidak mampu meminimakan kerugian anda atau memaksimumkan keuntungan anda?

Seperti yang anda telah pelajari melalui pengalaman anda, pasaran tidak akan selalu mengikut kehendak dan rancangan anda. Walaupun anda telah melakukan semua perkara-perkara asas dan teknikal analisis, masih ada peluang untuk sesuatu yang tidak diduga terjadi atau harga pasaran tidak mengikut perancangan dan kehendak anda.

Sekiranya scenario ini terjadi kepada anda, adakah anda akan mengunci keuntungan anda atau merisikokannya dengan menekan dagangan anda untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan?

Gagal untuk merancang adalah rancangan untuk kegagalan, ianya betul dengan “Trade Exits” (bila anda perlu keluar/berhenti. Perasaan seperti ketakutan dan ketamakkan boleh membantu anda semasa dalam peperangan (dagangan), maka ianya lebih baik untuk mempunyai strategi keluar yang jelas seperti dibawah;

 

Sasarkan Stop-Loss dan Profit Target

1. Sasaran Stop-Loss Dan Profit Target

Sekiranya anda baru bermula atau anda adalah jenis pedang yang “set-and-forget”, maka ianya lebih baik untuk anda merancang bila anda patut berhenti dan apa sasaran anda sebelum anda bermula.

Dengan cara ini, anda boleh pastikan yang anda akan dapat keluar daripada dagangan tersebut sekiranya harga sasaran anda mencapai titik pembatalan (stop-loss) atau keuntungan (profit).

Sudah tentu terdapat banyak cara untuk memilih “stops” dan “target” anda, dan ianya bergantung kepada faktor – faktor seperti persediaan dagangaan anda atau risiko pulangan yang ideal (ideal return-on-risk).

Sekumpulan pedagang akan memilih untuk mengekalkan sasaran keuntugan secara terbuka (open profit target) daripada menetapkan had (bergantung kepada pemikiran dan strategi anda). Pastikan anda letakkan stop loss juga sekiranya anda memilih jalan ini sebagai langkah berjaga – jaga.

 

Stop Trailing

2. Hentian Jejak (Stop Trailing)

Bayangkan harga pasaran mengikut jejak anda dan anda mahu teruskan berdagang sambil melindungi keuntungan anda serta mengharungi huru – hara pasaran sepanjang masa.

Hentian Jejak (Stop Trailing) akan menjadi sangat berguna di saat ini. Di mana ianya merupakan arahan berhenti (Stop Orders) yang di ubah suai untuk membantu anda mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Peraturan praktikal untuk hentian jejak (Stop Trailing) adalah untuk mengalihkannya ke arah harga pasaran dan bukan menjauhinya. Maksudnya anda tidak patut mengunakan hentian jejak (Stop Trailing) untuk meminimumkan kerugian anda jika harga pasaran tidak mengikut perancangan anda.

Sasarkan Keuntungan Dinamik

3. Sasaran Keuntungan Dinamik

Seperti yang diterangkan diatas, sesetengah pedagang akan mengubah sasaran pasaran mereka demi memaksimakan keuntungan yang mereka akan dapat.

Cara ini boleh digunakan seperti hentian jejak (Stop Trailng) yang boleh mengurangkan risiko anda sambil membukakan pintu kepada lebih banyak potensi untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Sebagai contoh, sekiranya anda melihat sepasang mata wang sering berlaku naik turun antara satu sama lain (USD dan EUR), anda boleh melaraskan sasaran keuntungan anda untuk mendapatkan momentum yang berterusan.

Ia sangat berguna dalam strategi dagangan yang lebih maju yang memerlukan anda mengambil risiko yang lebih tinggi, maka jangan lupa untuk mengamalkan pengurusan risiko yang betul.

Sudah tentu anda tidak mahu kehilangan semua asset anda sekiranya harga pasaran secara tiba – tiba mula mengkhianati anda (tidak mengikut jangkaan anda).

Stop Time
JustForex

Broker Selamat Datang JF

4. Hentikan Masa (Time Stop)

Semasa anda membuka dagangan terbuka, adakah anda merasakan bahawa masa seperti tiada penghujungnya dan harga pasaran terasa seperti tiada perubahan dan tiada pergerakkan?

Mungkin ianya masa yang sesuai untuk anda keluar dan memperuntukkan modal dagangan anda untuk persediaan yang lebih baik.

Anda mungkin terlepas peluang yang lebih menguntungkan sekiranya terkurung dalam kedudukan yang lembap apabila pasaran baru sahaja mula mengukuh.

Seperti hentian yang lain, Time Stop bergantung pada cara dagangan anda. Day traders selalunya akan setkan Time Stop untuk hentikan sesi dagangan. Sesetengah daripada mereka mengambil keputusan untuk menutup semua posisi sebelum hujung minggu sekiranya berlaku jurang.

Market Exit (Keluar daripada Pasaran)

5. Keluar Pasaran (Market Exit)

Sudah pasti akan ada pilihan untuk keluar daripada dagangan anda apabila keadaan pasaran telah berubah.

Proses kemasukan dagangan selalu berasaskan set premis tertentu sama ada ianya secara asas atau secara teknikal. Apabila premis tersebut tidak lagi sah maka ianya munasabah untuk keluar daripada pasaran itu.

Pendekatan ini merupakan subjektif dan memerlukan pemantauan keadaan pemasaran yang sangat teliti. Ingat bahawa teknik ini juga digunakan untuk meminimumkan kerugian.

Kesimpulan

Anda tidak perlu berpegang kepada hanya satu jenis strategi keluar untuk setiap persediaan, pada penghujung hari ianya akan dapat membantu untuk mengingati bahawa tiada jalan keluar yang sempurna, sama seperti tiada gunanya mementingkan kemasukan yang sempurna.

Sebaliknya, ingatkan diri anda untuk menggunakan strategi keluar yang berfungsi dengan seluruh persediaan anda dan hanya belajar daripada “keluar yang lebih baik” semasa anda menyemak dagangan anda. Oleh itu, anda harus terus membaca, belajar secara berterusan dan menyesuaikan strategi untuk keperluan peribadi. Untuk berjaya dalam perdagangan anda tidak boleh berhenti berkembang.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. FXTM
  10. Fx Giants
  11. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Introducing Broker CXM

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.