Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Matawang Kripto Patuh Syariah Atau Tidak ?

221

Keinginan orang ramai terhadap bitcoin telah melonjakkan harganya ke tahap yang tinggi apabila ia mula-mula ditawarkan pada harga $65 dan kini dikatakan berharga $6,281.76 hingga RM26, 340 (sehingga 13 November 2018).

Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa sistem e-mel Media Prima Bhd. telah diserang oleh sekumpulan penggodam siber dan menuntut 1,000 unit bitcoin sebagai bayaran untuk mengembalikan sistem kepada normal.

Ini menunjukkan bahawa bitcoin disasarkan kepada kumpulan penjenayah kerana ia secara semula jadi lebih sukar untuk dikenal pasti daripada mata wang biasa.

 

JustForex

Mencari broker JF

Isu dan Masalah

Isu Dan Masalah

Pada masa ini, urus niaga di dunia maya cuba berkembang dengan menggunakan bitcoin sebagai mata wang pertukaran. Kewujudan beberapa laman web yang kini menggunakan bitcoin memaksa ramai pengguna untuk mencuba mendapatkan mata wang ini, walaupun ia bukan mata wang yang diiktiraf antarabangsa di kebanyakan negara.

Di bawah ialah beberapa isu yang timbul di sebalik penggunaan mata wang ini, termasuk:

Adakah bitcoin mata wang yang sah di bawah undang-undang Islam?

Adakah bitcoin boleh diperdagangkan dan digunakan dalam transaksi urus niaga?

Konsep Mata Wang Dalam Islam

Mata Wang dalam al-Quran dan al-Hadis

Pada dasarnya, konsep umum mata wang yang disebut di dalam al-Quran adalah menjurus kepada mata wang dinar dan dirham. Ini adalah kerana, ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW, mata wang yang beredar pada masa itu hanyalah dinar dan dirham.

Antara ayat yang menggambarkan unit mata wang dinar dan dirham yang pernah digunakan pada zaman awal Islam ialah:

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَّا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّـهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya“Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.

Mata Wang Menurut Pandangan Sarjana Islam

Bagi memahami konsep mata wang secara jelas, kita perlu merujuk kepada tafsiran ilmuwan dan sarjana berkenaan hal ini. Pelbagai definisi dan takrif telah dikemukakan oleh para sarjana Islam berkaitan konsep dan pengertian mata wang di dalam Islam. Di sini, dibawakan pandangan beberapa sarjana Islam baik yang terdahulu mahupun kontemporari.

Pandangan Sarjana Islam

1. Imam Malik

Imam Malik mendefinisikan wang sebagai sesuatu barang yang boleh diterima sebagai alat pertukaran. Ini jelas berdasarkan kata-kata beliau yang sekiranya masyarakat bersetuju sesama mereka untuk menjadikan kulit sebagai wang maka beliau akan melarang ianya dijual secara tangguh dengan emas dan perak:

2. Imam al-Ghazali

Menurut al-Ghazali, Allah SWT telah menjadikan dinar dan dirham sebagai pengadil dan perantara di antara semua harta sehingga semua harta benda dapat diukur dengannya.

Disebabkan ia adalah suatu yang kekal, maka mata wang daripada emas dan perak dapat menjadi satu mekanisme yang adil sebagai alat pengukur sesuatu barangan.

3. Ibnu Taimiyyah

Menurut beliau, wang adalah alat untuk mengukur nilai dan berfungsi sebagai alat pertukaran. Melalui wang tersebut, sejumlah benda dapat diketahui nilainya dan tidak bermaksud menggunakannnya untuk diri sendiri.

Sejarah Bitcoin

Bitcoin ialah satu mata wang digital yang dicipta pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto, satu nama yang masih belum diketahui sehingga sekarang dan masih diperdebatkan samada ia merujuk kepada seorang individu ataupun sekumpulan manusia.

Operasi bitcoin (dan juga mata wang digital / kripto yang lain) diselenggara oleh satu autoriti yang tidak berpusat, berbeza dengan mata wang biasa yang diselenggara oleh badan kewangan atau bank negara masing-masing. Transaksi bitcoin dijalankan secara terus melalui saluran kriptografi antara pengguna tanpa ada perantara atau orang tengah. Ia juga boleh ditukar atau dijual beli dengan mata wang biasa, produk atau servis.

Bitcoin

Bitcoin merupakan aset pertama dalam bentuk mata wang kripto, menjadikannya aset paling popular dalam kalangan pengguna.

Bitcoin dihasilkan melalui proses penempaan (mining) yang memakan satu jangka masa yang amat panjang, dengan cara penyelesaian masalah dan formula matematik untuk menghasilkan bitcoin menggunakan peralatan komputer.

Penghasilan Bitcoin telah ditetapkan untuk tidak melebihi 21 juta bitcoin, dan pada kadar sekarang, ia dijangka habis ditempa kira-kira pada tahun 2040.

Jaringan blok (blockchain) pula ialah satu lejer awam yang merekodkan segala transaksi bitcoin yang dapat diakses oleh semua pengguna yang terlibat dengan proses transaksi dan penempaan bitcoin.

Menurut pengasasnya, Bitcoin dicipta bagi membolehkan transaksi pembayaran secara atas talian (online) dihantar secara terus dari satu pihak kepada pihak yang lain (peer-to-peer) tanpa perlu melalui institusi perbankan atau kewangan sebagai pihak ketiga dan ia akan melicinkan urusan transaksi.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. Samtrade FX
  10. FXTM
  11. Fx Giants
  12. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.