Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Kegagalan Dan Kejayaan Dalam Dagangan Forex

44

Dalam dekad yang lalu, banyak kisah kejayaan yang datang daripada pasaran dagangan telah meningkat secara mendadak, namun begitu juga dengan jumlah pedagang yang gagal. Setiap tahun, beribu-ribu pedagang yang tidak berjaya cepat berputus asa di dalam pasaran dan usaha mereka untuk mendapatkan kekayaan bertukar menjadi abu. Namun, perdagangan kini menjadi lebih popular dan terdapat ratusan, malah ribuan pendatang baru menceburi bidang dagangan setiap hari. Namun, apakah sebab sebenar pedagang baru gagal untuk berjaya dalam pasaran saham? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Faktor Yang Menyebabkan Kegagalan 

1. Bermula Dengan Psikologi Yang Salah

Mempunyai fantasi yang kuat.

Mempunyai pemikiran yang lemah, fantasi atau angan-angan merupakan masalah terburuk bagi pendatang baru untuk menceburi dalam pasaran dagangan kerana mereka mempercayai kata-kata dan fantasi promosi bahawa mereka akan cepat menjadi hebat/besar dan seorang jutawan dalam masa yang singkat. Namun bagaimanapun, kemungkinan itu semua berlaku adalah sangat tipis kerana ia memerlukan masa dan usaha untuk melabur dengan cara yang betul dan memerhatikan keputusan yang positif daripada hasil itu. Pedagang-pedagang baru ini masih muda dalam bidang dagangan, mereka akan mula berfikir sekiranya mereka tidak mendapatkan hasil pelaburan mereka dalam tempoh beberapa hari sejak mereka bermula maka mereka telah gagal dan mereka patut tinggalkan bidang dagangan kerana mereka tidak sesuai untuk berdagang. Minda orang-orang seperti inilah yang menyebabkan mereka gagal dalam bidang dagangan.

2. Merisikokan Semua Modal Pada Satu Bidang Dagangan Forex

Melabur tanpa had perbelanjaan.

Para pedagang menghabiskan banyak masa membina dan memikirkan strategi untuk pasaran dagangan tetapi mereka tidak fikirkan tentang modal mereka. Para pedagang ini selalunya tidak fikir tentang jumlah modal mereka dan sanggup merisikokan semua modal mereka pada satu bidang dalam dagangan forex. Malah kebanyakkan pedagang-pedagang ini tidak berfikir untuk menetapkan had modal atau membuat pelan pengurusan modal dan akhirnya perkara ini akan menjatuhkan dan menyebabkan mereka gagal dalam bidang dagangan kerana tidak mempunyai had berbelanja atau pilihan untuk tarik diri (bail-out) adalah sangat berbahaya dan buruk kerana secara tidak langsung, pedagang-pedagang seperti itu telah menetapkan haluan kegagalan mereka. Dengan mempunyai had seperti contoh melabur sebanyak 2 peratus daripada modal anda untuk sesuatu bidang dagangan forex, anda dapat mengurangkan kadar kerugian dan menghalang anda daripada merisikokan kesemua modal anda pada satu bidang dagangan forex.

3. Berdagang Tanpa Mempunyai Pelan Atau Rancangan

Memulakan dagangan forex tanpa perancangan.

 

Bagi kebanyakkan pedagang, pelan pasaran dagangan merupakan alat atau strategi yang paling penting dan bernilai buat mereka sebelum dan semasa mereka berdagang. Walaupun begitu, ribuan pedagang-pedagang baru tidak mengambil kesempatan untuk membina strategi atau pelan untuk berdagang. Apabila pedagang-pedagang tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melabur/berdagang, mereka sudah menempah kegagalan dalam bidang dagangan forex. Selain itu, golongan seperti ini juga tidak tahu bagaimana untuk berhenti atau berhenti, jadi besar kemungkinan mereka akan mengalami kerugian yang lebih besar daripada modal permulaan mereka. Sejujurnya, tidak ramai pedagang yang boleh berjaya tanpa ada sebarang pelan atau strategi untuk dagangan.

Semua perkara diatas merupakan faktor-faktor kegagalan di dalam bidang dagangan, jadi macam mana pula untuk berjaya dalam bidang dagangan forex sebenarnya? Jangan risau, di sini terdapat beberapa cara yang anda boleh membantu anda untuk berjaya dalam bidang dagangan, antaranya ialah;

Tips Untuk Berjaya Dalam Forex

1. Fokus Pada Proses Dan Bukannya Keuntungan

Tumpukan pada proses bukannya hasil                                          keuntungan.

Para pedagang forex mempunyai satu masalah yang sama iaitu mereka terlalu menitikberatkan hasil keuntungan dagangan mereka. Sekiranya, pelaburan dan dagangan mereka menunjukkan hasil yang memberangsangkan (sentiasa meningkat), mereka akan berasa lebih seronok dan yakin untuk melabur lebih banyak pada bidang dagangan forex itu.

Namun apabila mereka mengalami kerugian berturut-turut (Losing streak), keyakinan mereka hancur dan mengakibatkan mereka berdagang dengan cara yang negatif (tidak berani mengambil risiko, cenderung untuk membuat keputusan secara terburu-buru dan mengabaikan pelan dan strategi yang telah mereka bina sebelum ini kerana tidak percaya pada diri sendiri). Cara untuk mengatasi perkara ini adalah untuk tidak berfikir tentang keuntungan atau kerugian yang anda hadapi semasa berdagang dari fikiran dan pastikan anda mengikuti strategi dan pelan dagangan yang anda telah rancang sebelum ini.

Dengan berbuat demikian, bukan sahaja anda akan bebas daripada tekanan malah dapat melakukan kerja dengan lebih baik dan teratur. Selain itu, anda akan dapat mempelajari perkara yang boleh diperbaiki untuk pelan dan strategi dagangan forex anda dan mampu meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam jangka panjang.

2. Sentiasa Berfikiran Terbuka

Fikiran yang terbuka bagaikan payung terjun,               ianya berfungsi apabila ianya terbuka.

Pasaran dagangan sentiasa berubah dari semasa ke semasa maka anda perlu mempunyai fikiran yang terbuka dan mampu mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan tersebut untuk berjaya dalam bidang pasaran dagangan dan saham. Jangan takut untuk rasa seperti orang baru dan terima hakikat bahawa akan ada banyak kali pasarang forex ini akan membuktikan pengiraan (strategi dan pelan) anda salah.

JustForex

Broker Selamat Datang JF

Maka ambillah peluang ini untuk belajar dan memperbaiki pelan dan strategi anda untuk masa yang akan datang. Jika anda tetap berkeras dengan satu pendirian dan gaya dagangan anda, maka anda besar kemungkinan akan mengalami kerugian yang sangat besar. Dalam dagangan forex ini anda akan sentiasa belajar benda-benda baru maka anda perlu mempunyai fikiran terbuka untuk memudahkan anda mengadaptasikan diri untuk mengikuti “trend” terkini dengan sewajarnya.

Belajar untuk melepaskan keperluan anda untuk “sentiasa betul.” Ini akan melegakan anda daripada tekanan untuk sentiasa berjaya dan akan membebaskan minda anda untuk fokus pada apa yang berlaku di pasaran dan menyesuaikan diri dengan sewajarnya.

3. Tetapkan Matlamat Yang Realistik

Tetapkan matlamat yang realstik dan cuba                         untuk mencapai maklamat itu.

 

Matlamat anda bukan sahaja mewakili jangkaan anda, malah ianya membantu merapatkan jarak aspirasi dan realiti anda. Jika anda menetapkan jangkaan yang tidak realistik, seperti memenangi setiap perdagangan, anda telah menetapkan kekecewaan yang sangat besar untuk anda dan sudah tentu ianya akan memainkan kesan negatif buat anda dan menjejaskan kebolehan anda membuat keputusan.

Dengan menetapkan matlamat, anda boleh mula membezakan sejauh mana anda berada untuk merealisasikannya. Persoalannya, adakah anda sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat forex tersebut? Jika tidak, sebaiknya laraskan semula jangkaan anda. Pada masa yang sama, jangan pandang rendah pada diri sendiri! Pedagang terbaik tidak memikirkan tentang kegagalan tetapi mereka menetapkan matlamat yang sukar tetapi boleh dicapai, kerana mengetahui bahawa ini juga akan menjadi motivasi untuk mereka terus maju.

Kesimpulan

Pedagang harus sentiasa tahu bila mereka merancang untuk memasuki atau keluar dari perdagangan sebelum mereka melaksanakan. Dengan menggunakan stop loss dengan berkesan, peniaga boleh meminimumkan bukan sahaja kerugian tetapi juga bilangan kali perdagangan keluar tanpa perlu.

Kesimpulannya, buat rancangan pertempuran anda lebih awal supaya anda sudah tahu anda telah memenangi perang dalam dagangan. Pedagang yang berjaya adalah mereka yang menetapkan rancangan dan berpegang kepada mereka! Mereka tahu sebab mereka berdagang, gunakan apa sahaja untuk merangsang motivasi mereka dan membantu diri mereka mengatasi semua cabaran yang mungkin mereka hadapi.

Pedagang forex yang berjaya tidak berundur daripada kejayaan tetapi mereka merancang untuk itu dan menerimanya

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. FXTM
  10. Fx Giants
  11. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Introducing Broker CXM

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.