Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Forex Halal Atau Haram ?

176

Seperti yang kita semua sudah tahu, Forex telah menjadi nadi besar dalam pasaran matawang dimana ia turut dijadikan sumber pendapatan negara. Tambahan lagi, ramai anak muda yang memperjuangkan kehebatan Forex trading online yang boleh untung besar setiap hari. Tapi adakah Forex halal atau Haram di Malaysia? Dalam artikel ini akan diterangkan secara terperinci tentang hukum Forex di Malaysia sama ada ianya halal atau haram. Klik di sini untuk lebih lanjut.

Oleh itu, pedagang runcit forex yang beroperasi dari Malaysia beroperasi secara sah selagi mereka menggunakan perkhidmatan broker forex yang berdaftar, berlesen dan dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di Malaysia.

Umat ​​Islam juga dinasihatkan supaya lebih prihatin terhadap pendapat atau fatwa yang diberikan oleh orang ramai berkaitan isu pelaburan mata wang asing yang telah difatwakan haram oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan. Terdapat banyak pandangan dari mana mana pihak terutamanya Ahli Ahli Ulama.

Emas gold CXM

Pengasas Tadbir Insan Training & Consultancy Mustafar Mohd Suki berkata masih ramai yang keliru tentang status forex, kerana ada yang mengatakan ia harus dan ada yang mengatakan ia haram.

Beliau berkata, masalah ini timbul kerana ramai yang tidak memahami konsep fatwa itu sendiri, sedangkan fatwa itu perlu menjadi panduan kepada mereka kerana ia merupakan penjelasan hukum ALLAH SWT berkaitan yang haram dan sepatutnya.

Tambahan pula, seorang ulama terkenal malah menyebut bahawa fatwa ialah soal jawab, penjelasan dan jawapan kepada hukum soal siasat berkaitan kultus muamalat dan lain-lain.

“Jadi kita kena faham susur galur fatwa itu sendiri dan di Malaysia, fatwa ini akan melalui proses penyerahan dokumen kerja, kemudian akan dibincangkan oleh mufti seluruh negara sebelum dihantar kepada penasihat undang-undang kerana ia juga memerlukan perbincangan daripada sudut pandangan.pandangan undang-undang.

“Setelah itu, fatwa itu akan dirujuk kepada sultan atau raja untuk digazetkan atau tidak. Ini menunjukkan bahawa fatwa tidak dibuat sewenang-wenangnya tetapi mempunyai kaedah tertentu

Adakah Forex Haram?

Jawapannya adalah, Ya,

ia akan menjadi haram jika mempunyai unsur riba;

Riba

Ada Unsur Riba

Pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.

Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah berkata, proses tukaran mata wang asing dalam bahasa Arab disebut bay al-sarf dan Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan berkaitan kaedah untuk menukar duit ini agar ia tidak menjadi haram.

Beliau berkata, mengikut panduan tersebut, jika hendak menukar mata wang berbeza, serahan mesti berlaku segera, jika tidak (ada penangguhan) dia akan pergi kepada hukum riba.

Malah katanya, melihat kepada kitab fiqh, para ulama meletakkan tukaran mata wang asing ini hampir kepada tajuk riba.

“Bahkan Imam Malik juga dikatakan sangat tidak suka perkara tersebut dan kalau boleh nak haramkan orang tukar duit kecuali dia bertakwa.

“Takwa dimaksudkan, seseorang itu perlu tahu hukum dan berusaha elak riba kerana riba dengan tukaran mata wang asing sangat dekat. Kenapa sangat dekat? Jika berlaku kelewatan tukaran mata wang asing maka akan berlaku riba yang merupakan dosa besar,” katanya.

Tambah Ahmad Sufian, riba juga adalah kunci kepada segala masalah ekonomi dan atas sebab itu Islam mengisytihar perang ke atas riba.

Menurutnya, dalam konteks perundangan, menurut para tabiin, ia memberi satu kuasa kepada kerajaan untuk menghukum sehingga mati bagi yang melakukan riba secara tegar.

Katanya, ada juga yang menceritakan, apabila riba dilakukan dalam forex, perkara itu akan ditanyakan ALLAH SWT di akhirat kelak.

“Jika sudah diberi nasihat tapi kita tetap melakukan (terlibat forex), kita degil dan cuba cari fatwa yang kata forex tidak haram, ALLAH akan isytihar perang dan perang di akhirat amat azab.

“Berhati-hatilah dengan dosa besar ini,” katanya.

Selain Itu, Ada Juga Yang Berpendapat Bahawa Hukum Forex Akan Menjadi Harus Atau Dibenarkan Jika Dipenuhi Syarat Ini;

Ada tiga syarat yang dipenuhi:

Ada pembeli ada penjual. Pembeli itu wujud, dan penjual itu juga wujud, dua-dua jelas. Dua-dua wujud dan hadir bila pembelian itu berlaku. Bukannya pembeli tak yakin dengan siapa dia beli. Jadi, dekat itu sudah jelas. Pembeli ada, penjual ada.

Akad. Bukan akad nikah, ya. Akad jual beli. Bila ada yang membeli dan ada pula yang menjual. Transaksi itu juga dipanggil akad. Saya beli, saya jual (penjual). Walaupun tak ada ‘lafaz’ pun tak apa, perbuatan nak membeli dan nak menjual itu pun sudah dikira sebagai akad. Jadi, akad sudah ada. Jelas.

Penyerahan barang. Benda itu wujud tak? Ya, wujud. Bila pergi Money Changer, kita nampak ‘benda’ itu, iaitu duit yang kita nak tukar. Benda itu wujud depan mata. Dan benda itu diserah terus kepada kita sebaik saja akad. Bukan tangguh atau terlalu advance. Dia serentak. Berlaku akad jual beli, penyerahan barang pun berlaku sekali. Selesai.

Tiga-tiga syarat ini, mesti dipenuhi dan berlaku serentak. Bila dapat selesai semua ini, maka forex dalam keadaan itu, hukumnya harus.

Ingin tahu lebih lanjut tentang hukum harus forex?

Ketahui Juga Tentang Undang-Undang Dan Peraturan-Peraturan Di Malaysia Mengenai Dagangan Forex :

Law In Forex

Undang-undang dan peraturan utama ditetapkan bagi aktiviti yang berkaitan dengan forex di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Akta Pengubahan Wang 1998.

  • Akta Kawalan Pertukaran 1953

Ini adalah akta yang memberi garis panduan mengenai bagaimana rakyat Malaysia berurusan dengan komoditi berkaitan pertukaran asing seperti emas, sekuriti, dan matawang serta memberikan sekatan yang berkaitan. Di samping itu, ia juga mengawal import, eksport, dan pemindahan komoditi atau hartanah.

  • Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

Akta ini memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, untuk melesenkan dan mengawal selia perniagaan yang berurusan dengan sekuriti.

  • Akta Pengubahan Wang 1998

Akta Pengubahan Wang 1998 adalah berkaitan dengan pelesenan dan pengawalseliaan apa-apa perniagaan yang mengubah wang oleh suruhanjaya yang bertanggungjawab. Ini adalah tindakan yang harus dipatuhi yang menggariskan peraturan-peraturan broker forex yang ingin beroperasi di Malaysia. Tindakan ini juga menggariskan bahawa dagangan pertukaran asing tidak dikawal secara langsung oleh Bank Negara Malaysia. Bank pusat, BNM, mengawal Ringgit Malaysia dan juga mengeluarkan lesen kepada perniagaan pengubahan wang tanpa mengawal selia dagangan.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. Samtrade FX
  10. FXTM
  11. Fx Giants
  12. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

 

Introducing Broker CXM

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.