Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Cara Mengurangkan Tekanan Perdagangan

10

Adakah anda pernah mengalami salah satu hari yang malang, seperti perisian carta dan data anda tidak berfungsi dengan baik dan betul, jaringan internet anda agak perlahan dan lembap atau anda terlupa membaca tentang hasil laporan ekonomi mingguan, disebabkan perkara-perkara tersebut anda telah terlepas semua peluang yang bagus dalam aktiviti perdagangan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kesemua masalah ini hanyalah beberapa faktor utama tekanan dan sering dihadapi oleh semua  peniaga runcit dan pedagang yang aktif. Jika situasi ini tidak ditangani dengan betul dan dibiarkan tanpa pengawasan atau tanpa jalan penyelesaian, ianya boleh memberi kesan negatif kepada anda.

Apabila anda berfikir dengan keadaan  minda yang tertekan, fikiran anda tidak boleh fokus, dan ini boleh meningkatkan risiko bahaya untuk dagangan anda. Ini sebabnya mengapa pentingnya minda yang cerdas dan jelas supaya anda lebih tenang semasa melakukan aktiviti perdagangan.

Tekanan yang berpanjangan boleh memudaratkan dagangan anda, malah  kesihatan anda secara amnya. Kami ada beberapa cara untuk anda menyelesaikan tekanan yang anda hadapi. Antaranya, dengan mengambil percutian. Ia merupakan salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan tekanan berkaitan perdagangan.

Malangnya, ia mungkin tidak praktikal atau boleh dilaksanakan secara selalu (atas pelbagai sebab seperti wang, masa, keluarga, pekerjaan dan lain-lain). Tetapi jangan risau! Terdapat banyak cara lain yang boleh anda lakukan tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak untuk mengurangkan tekanan pada zaman sekarang. Antaranya,

Berjoging

>Bersenam Setiap Minggu

Bersenam adalah perkara yang tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak dan anda tidak perlu membeli peralatan gim atau mendaftar keahlian gim. Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stres anda. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi anda ruang untuk berfikir dan mencari ilham.Senaman juga membantu melegakan ketegangan yang timbul semasa sesi dagangan gila anda dan ia membuatkan badan anda berasa lebih longgar dan segar.

Minuman berkafein

>Kurangkan Kafein Dan Pengambilan Perangsang Lain

Sesetengah orang akan mendapatkan kafein (seperti kopi dan nescafe) untuk menenagkan minad mereka serta meningkatkan ingatan dan menyegarkan mata. Kafein boleh memberikan anda kesan yang hebat pada masa-masa tertentu, memberikan anda rangsangan apabila anda perlu berjaga. Tetapi ia juga boleh menjadikan anda sangat hiper dan meningkatkan perasaan panik anda pada saat yang salah. Kafein sebenarnya dapat meningkatkan tekanan darah anda.walaupun perkara ini tidak disedari namun ia mempunyai kesan yang buruk apabila kerap di ambil. Paras glukosa yang tinggi berada di dalam kafein dan boleh menyebabkan anda berisiko mengalami penyakit jantung.

>Mencari Masa Untuk Diri Sendiri

 Ambil sedikit masa untuk bersendirian setiap pagi sebelum anda memulakan hari anda. Gunakan masa ini untuk merenung hari semalam dan merancang untuk hari ini. Ini adalah masa yang baik untuk menyusun senarai “5 Teratas” yang anda mahu capai untuk hari itu. Dengan kegilaan maklumat berlebihan tanpa henti dalam masyarakat hari ini, ia menjadi lebih penting daripada dahulu untuk mengambil detik-detik yang tenang. Setkan jam loceng 15 minit awal dan bangun dalam kesunyian. Jangan buka radio atau perkara yang bising di waktu dan anda dapat merasakan bahawa masalah yang melanda anda tiba-tiba menjadi lebih terkawal dan mengikut perspektif yang sebenar.

>Jangan Tekankan Diri Anda Dengan Berdagang Di Luar Tahap Kemahiran Anda.

Apabila anda baru mula berdagang, anda mahu mengekalkan kedudukan kecil anda. Berdagang di luar kemahiran anda akan menjadikan anda lebih bimbang tentang perdagangan secara terbuka, secara tidak langsung ianya boleh mengakibatkan baki akaun anda terjejas dan menyebabkan lebih banyak tekanan! Anda mestilah tetapkan had risiko yang jelas dan mempunyai matlamat yang realistik.

Hubungan Erat Keluarga

>Eratkan Hubungan Dengan Kawan Dan Ahli Keluarga

JustForex

Broker Selamat Datang JF

Meluangkan masa dengan sahabat dan juga keluarga dapat mengurangkan tekanan masalah anda. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung dan alami apabila kita hanya duduk di meja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada setiap orang. Apabila kita ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, ziarahlah mereka. Jika tidak mampu ziarah mereka maka cuba telefon mereka dan bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan di kepala kita melainkan suara mereka yang tercinta.


Tidur yang cukup

>Tidur Dengan Cukup

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan seharian. Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. . Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah. Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.Jadi,cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Kesimpulan

Seperti yang dapat anda lihat terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan tekanan anda. Jika masalah tekanan tidak dibendung dari sekarang mungkin akan mengakibatkan anda dalam bahaya seperti menjadi kemurungan, emosi tidak stabil dan lain-lain. Jika tekanan sering berlaku kepada diri anda maka anda boleh mencuba mana-mana cara diatas untuk membantu anda menikmati kehidupan yang lebih ceria serta bebas dari tekanan dan stres lagi.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. FXTM
  10. Fx Giants
  11. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Introducing Broker CXM

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.