Trader Forex Malaysia
Trader Forex Malaysia Logo

Belajar Perdagangan Forex Langkah Demi Langkah

102

Jika anda sudah mempunyai sedikit pemahaman tentang forex, mari kita lihat dengan lebih mendalam bagaimana anda mahu membuat trading pertama anda. Dalam artikel kali ini, anda dapat belajar cara untuk trading satu demi satu hingga anda berjaya. Ikuti langkah – langkah di bawah ini :

1. Pilih Kedudukan Anda Sama Ada Beli Atau Jual

Kedudukan beli bermakna anda percaya bahawa nilai mata wang asas akan meningkat berbanding dengan mata wang sebut harga. Jika anda membeli MYR/USD, anda meramalkan harga Ringgit akan lebih kukuh berbanding dolar. Ini kerana Ringgit adalah menaik dan dolar menurun.

Kedudukan jual bermakna anda percaya bahawa nilai mata wang asas akan jatuh berbanding mata wang sebut harga. Jika anda menjual MYR/USD, anda meramalkan harga Ringgit akan jatuh berbanding dolar. Ini kerana Ringgit menurun dan dolar AS menaik.

Klik di sini untuk mengetahui bagaimana pasaran Forex berfungsi.

2. Menganalisis Pasaran

Sama seperti perdagangan saham, anda perlu menyelidik dan melakukan analisis menyeluruh terhadap pasaran iaitu dua taktik yang membentuk asas perdagangan. Untuk mengelakkan rasa tertekan dengan semua mata wang yang berbeza, anda perlu mengecilkan skala penyelidikan anda tentang pasangan mata wang tertentu dan kumpulkan sumber berharga untuk kedua-duanya. Anda juga perlu sentiasa melihat carta semasa dan sejarah dan pantau berita untuk pengumuman ekonomi serta lakukan analisis teknikal dan asas yang lain. Untuk ketahui perkara yang perlu anda analisis lagi klik di Analisis Pasaran.

3. Pilih Pasangan Mata Wang

Dalam pasaran Forex, anda akan sentiasa menukar atau memperdagangkan nilai satu mata wang dengan mata wang yang lain. Ini bermaksud anda membeli satu mata wang sambil menjual mata wang lain pada masa yang sama. Ini bermakna anda akan berdagang secara berpasangan. Sebagai contoh, EUR/USD. Klik di sini untuk info lain tentang pasangan mata wang .

Biasanya, pedagang baharu akan bermula dengan berdagang pasangan mata wang utama yang paling biasa ditawarkan tetapi tiada sekatan untuk ini.

4. Faham Situasi

Memandangkan anda akan berdagang sepasang mata wang, anda akan melihat dua harga untuk setiap mata wang. Perbezaan antara kadar pertama dan kedua dipanggil spread. Perbezaan ini ialah amaun yang dicaj oleh trader untuk melakukan perdagangan. Walau bagaimanapun, spread berbeza mengikut setiap trader. Sebagai contoh :

  • Kedudukan membeli

Harga semasa untuk MYR/USD ialah 1.3555/560. Anda percaya bahawa Ringgit akan menaik, jadi anda memasuki kedudukan beli untuk satu lot atau satu unit MYR/USD. Trading anda berharga 1.3555.

Kemudian pada hari itu, MYR/USD kini berada pada 1.3888/180. Trading anda telah memperoleh 333 pip dan anda memilih untuk menutup kedudukan anda pada harga jualan semasa iaitu 1.3888 dan membuat keuntungan.

  • Kedudukan jualan

Katakan Ringgit menurun dan anda memutuskan untuk memasuki kedudukan jual untuk satu lot atau satu unit MYR/USD. Kemuadian anda menjual dagangan anda pada harga 1.3555/560.

Seterusnya pada hari itu juga, EUR/USD berada pada 1.3888/180. Trading anda telah kehilangan 333 pip. Kemuadian anda menutup kedudukan anda pada harga belian semasa 1.3555 dan menerima kerugian.

Untuk menjadi trader yang berjaya boleh klik Panduan Trader Berjaya untuk mengetahui selok belok trading Forex dengan lebih mendalam. Anda juga boleh ikuti page kami di Majalah Forex Malaysia untuk lebih banyak info yang menarik dari semasa ke semasa.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. Samtrade FX
  10. FXTM
  11. Fx Giants
  12. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.