UniMAP Universiti Awam Pertama Jalankan Kajian Tanaman Hemp

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti awam pertama di negara ini yang menjalankan penyelidikan tentang tanaman hemp (Cannabis sativa) sebagai produk pertanian. Naib Canselor UniMAP iaitu Prof Dr Zaliman Sauli berkata, UniMAP telah mengorak langkah dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama sebuah syarikat iaitu MyUS Hemphouse Sdn Bhd yang berpusat di Kuala Lumpur bagi melakukan kajian terhadap produk itu.

“Seperti yang kita tahu, tanaman hemp ini memerlukan pengawalan yang ketat di samping ia juga berupaya menjadi sumber ekonomi negara di masa hadapan kerana sudah ada negara maju yang membenarkan penggunakan hemp untuk dikomersialkan.

Tambahan lagi, “MoU ini juga membolehkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan di UniMAP dan penekanan akan diberikan menerusi Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) di Sungai Chuchuh, Padang Besar di kawasan tanaman seluas 0.8 hektar”, kata Naib Canselor UniMAP.

Untuk info lebih lanjut boleh klik di Harian Metro.

“Kedua-pihak akan menjalankan penyelidikan mengenai prosedur dan aplikasi penanaman hemp serta memberi tumpuan kepada bahan-bahan berfungsi untuk pertanian terutamanya secara organik bagi meningkatkan produk pertanian negara. Justeru, dengan perjanjian ini, aktiviti penyelidikan mengenai penanaman ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sekali gus hubungan universiti dan Industri dapat dieratkan dengan program kolaborasi penyelidikan yang dijalankan”, kata Naib Canselor UniMAP lagi semasa majlis menandatangani memorandum tersebut.  Sila klik di Utusan Malaysia untuk info yang lebih mendalam.

Selain daripada itu, untuk pengetahuan anda, Perlis antara kawasan yang memiliki cuaca dan iklim yang paling sesuai untuk tanaman hemp. Ini kerana, hemp memiliki nilai ekonomi tersendiri iaitu pengawalan tanamannya yang ketat berupaya menjadikan ia antara sumber pasaran yang baik. Malah ketika ini, sudah terdapat negara maju mengkomersialkan produk pertanian ini. Boleh baca di Rnggt.com untuk ketahui dengan lebih lanjut.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. Samtrade FX
  10. FXTM
  11. Fx Giants
  12. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Comments (0)
Add Comment