UJIAN KEPADA SETIAP TRADER FOREX

Assalamualaikum teman2 sekalian,

Tahukan kita? dalam setiap komponen perdagangan forex ini sebenarnya Allah sedang menguji kita semua :-

1) NEWBIE – di uji dgn kesabaran dalam mencari teknik dan strategi yg berkesan. Bertahun2 lamanya berlawan dgn emosi, habis waktu, habis wang gaji/wang simpanan buat modal, pinjam sana sini sehingga ada juga yang bergolok bergadai.

2) SENIOR TRADER – di uji dengan keserakahan dalam mengajar profit, walaupun sudah ada strategy yang konsisten tapi masih juga mengejar pip tak henti2 seawal dari Sydney Market Open, Tokyo, London dan New York Open hinggalah larut malam sehinggakan banyak perkara dalam kehidupan terlepas pandang. Kesihatan tak dijaga, asap rokok berkepul-kepul habis berkotak-kotak rokok tak disedari.

3) MIB atau IB – Tak cukup dengan untung trade, jadi pula MIB/IB. Sediakan service local depo & withdraw. Sibuk ke sana sini siang dan malam untuk mencari pelanggan baru, ajar teknik dan padahal mereka sendiri pun terkadang trade ke laut. Akhirnya broker juga yang untung parop, newbie tergolek. Dan manakala jika ada trader yang buat untung besar secara konsisten, mereka enggan withdraw kan profit dengan alasan tak cukup fund dan sebagainya.

4) BROKER – Bila account seseorng trader dah mulai untung besar, mereka manupulate prize, slippage, MT4 hang, sering no connection dan sebagainya. Kejujuran dan profesionalism menjadi hilang. Mereka mengharapkan agar banyak trader rugi.

5) GURU MENGAJAR FOREX – Bagi yang mengenakan kelas berbayar, apabila student semakin ramai, mereka mula naikkan harga dan hilangnya etika dengan memburuk-burukkan teknik orang lain. Manakala bagi guru yang ajar free, mereka di uji dgn keikhlasan, semakin hari semakin ramai yg menyanjung dan ramai juga yg mengkeji. suka bila dipuji marah bila di keji. Jika mereka sabar tentunya Allah membalas pahala jariah yang tak terhingga banyaknya.

Ingatlah, sesungguhnya musuh kita yang nyata itu adalah syaitan. Syaitan takkan duduk diam sehinggalah anak adam itu tergelincir ke jurang neraka.

Apa pun bahagian kita dalam komponen forex ini, samada ianya newbie, senior trader, mib/ib, broker ataupun guru mengajar, maka hendaklah kita menjaga etika perniagaan dan etika sebagai muslim. Antara kita hendaklah saling kasih sayang(tahaaabbu), saling jaga menjaga, saling bantu membantu, saling payung memayungi. Jangan sampai kerana dinar dan dirham kita saling bermusuhan.

Nauzubillah

Tq Abg Abdullah Fakhri atas percambahan ilmu

===================================

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan efisien.

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Comments (0)
Add Comment