Sri Lanka Diisytihar Muflis!!

Sri Lanka mengisytiharkan muflis

Seperti yang anda ketahui sejak minggu lepas, Sri Lanka menghadapi krisis kewangan dan kemanusiaan yang semakin membimbangkan. Dengan kenaikan inflasi yang tinggi, harga makanan makin meningkat dan krisis pandemik menyebabkan penduduk negara itu makin risau. Negara pulau itu dikhuatiri akan muflis tahun ini.

Ternyata perkara yang dirisaukan itu telah menjadi kenyataan apabila Kerajaan Sri Lanka memberi isyarat dan mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan pembayaran hutang luar negara buat sementara waktu. Hal ini kerana mereka tidak dapat memberikan komitmen akibat kejatuhan nilai wang lebih teruk dari masalah luar dan masalah dalaman. Klik di sini untuk baca selanjutnya.

Pengumuman Yang Disahkan Oleh Sri Lanka

 

1) Mengumumkan penggantungan sementara pembayaran balik semua hutang luar negeri pada 12 April

2) Kemungkiran rundingan awal dimaklumkan kepada semua pemiutang

3) Pemiutang yang berminat boleh menuntut tertunggak dalam rupee

4) Kemudahan kredit baharu dan sebarang jumlah yang dikeluarkan di bawah kemudahan kredit sedia ada selepas 12 April dikecualikan dan akan diservis seperti biasa

5) Kementerian Kewangan berkata langkah hanya sebagai pilihan terakhir untuk mengelakkan kemerosotan lagi kedudukan kewangan Sri Lanka; akan membantu sumber import penting

6) Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua CBSL memberitahu langkah wartawan berikutan pembayaran hutang luar dan keseluruhan hutang luar negeri bernilai $51 Billions tidak mampan adalah mustahil

7) Sri Lanka mempunyai hampir $ 6 Billions pembayaran hutang tahun ini dan $ 25 Billions hingga 2026

 

Tindakan itu telah mencemarkan rekod cemerlang Sri Lanka dalam membayar kewajipan hutang luar negerinya sejak merdeka tetapi kegagalan yang boleh ditolerasi adalah jauh lebih baik daripada kegagalan yang memang jelas boleh membawa bencana seperti dalam dagangan, anda perlu ketahui sejauh mana anda mampu bertolerasi dengan kerugian.

Setiausaha Perbendaharaan,              Mahinda Siriwardena

Akibat peristiwa seperti wabak COVID-19 dan kesan daripada permusuhan di Ukraine, ianya telah menghakis kedudukan fiskal Sri Lanka,” kata Setiausaha Perbendaharaan, Mahinda Siriwardena. Beliau juga menyatakan: “Lewat bulan lalu IMF menilai stok hutang Sri Lanka tidak mampu mengekalkan pencapaiannya dengan baik. Kerajaan telah mengambil langkah luar biasa dalam usaha untuk mengemaskini semua keberhutangan luarnya, dan ianya jelas bahawa ini bukan lagi dasar yang boleh dipertahankan dan negara ini perlu menstruktur dan mengaturkan semula kewajipan yang menyeluruh untuk mengatasi masalah ini.

Siriwardena berkata Kerajaan Sri Lanka telah menghubungi IMF untuk mendapatkan bantuan dalam mereka bentuk program pemulihan ekonomi dan untuk bantuan kewangan kecemasan. Kerajaan Sri Lanka juga sedang mendapatkan bantuan kewangan daripada rakan kongsi pelbagai hala dan dua hala yang lain untuk meringankan penderitaan yang ditimbulkan oleh situasi luar biasa itu kepada rakyat mereka.

Gabenor Bank Pusat Sri Lanka Dr. P               Nandalal Weerasinghe

Gabenor Bank Pusat Sri Lanka Dr. P Nandalal Weerasinghe berkata; Kerajaan “Sri Lanka telah tidak berupaya untuk membayar hutang kepada luar negara. Kerajaan Sri Lanka perlu memberikan tumpuan kepada import-import yang penting dan perlu tinggalkan masalah hutang luar negara buat sementara waktu.

Buat masa kini, Sri Lanka mempunyai kira-kira baki $6 Bilion hutang yang perlu diselesaikan kepada luar negera untuk tahun 2022 manakala rizab yang Sri Lanka boleh gunakan telah menjunam ke paras terendah dalam bersejarah iaitu hanya $150 juta. Bermula tahun 2023 sehingga tahun 2026, khidmat hutang luar negera Sri Lanka dianggarkan berjumlah $25 Bilion.

Kesimpulan

Selain kesan langsung dari pandemik COVID-19 dan akibat dari kehilangan pelancongan, perbelanjaan pemerintah yang tinggi, pemotongan cukai yang merosakkan pendapatan negara, pembayaran hutang yang besar kepada China dan rizab pertukaran asing yang rendah menambahkan kemerosotan ekonomi di negara tersebut.

Bank Dunia menganggarkan lebih 500,000 penduduk telah jatuh di bawah garis kemiskinan sejak awal wabak, yang setara dengan kemajuan lima tahun dalam memerangi kemiskinan di Sri Lanka.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. FXTM
  10. Fx Giants
  11. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

muflisSri Lanka
Comments (0)
Add Comment