PERLUNYA TRADING COMPETITION SEBAGAI PENANDA ARAS KEBERHASILAN SESEORANG TRADER ATAU GURU TERSEBUT

 

Assalamualaikum..

Kalau sekadar ingin menjadi silent trader tiada keperluan untuk menyertai trading competition. Trade seorang diri dengan teknik rahsia, witdraw atau MC tiada siapa yang tahu.

Namun sebaliknya jika seseorang trader atau guru itu ingin membuktikan ke’power’annya kepada student atau follower mereka, maka trading competition adalah wadah yang terbaik untuk merka.

Kenapa saya katakan ianya wadah terbaik? Kerana dengan menyertai trading competition ini mereka boleh menarik ramai mata yang memandang. Setiap position trading mereka sentiasa dipantau melalui investor password yang di publish kan kepada public. Ketahanan mental mereka akan diuji. Jika mereka berjaya meraih profit dan menduduki rangking tertinggi hingga ke penghujung competition, maka secara automatik nama mereka akan menjadi harum dengan pantas. Tentunya pihak pengajur juga akan membuat liputan kepada para pemenang. Pastinya nanti akan datang tawaran-tawaran mengajar kelas berbayar ataupun tawaran dari investor-investor ber’wang’ untuk tujuan fund management.

Namun sebaliknya bagi peserta yang gagal, mereka boleh memperbaiki tahap kemampuan mereka di competition akan datang.

Trading competition ini juga berfungsi sebagai media untuk menyahkan scammer dan fake guru dari komuniti trader. Tentunya para scammer ini tidak berani untuk menyertainya.

Saya mengharapkan dengan adanya trading competition ini, akan memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti positif komuniti trader Malaysia sekaligus akan meningkatkan tahap kualiti guru yang mengajar.

Waullahulam.

====================================================================

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan efisien.

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Comments (0)
Add Comment