Matawang Jepun

USD/JPY ialah ticker forex yang menunjukkan nilai Dolar AS berbanding Yen Jepun. Ia memberitahu trader berapa banyak Yen diperlukan untuk membeli Dolar AS. Seterusnya, Dollar-Yen ialah salah satu pasangan mata wang asing yang paling banyak didagangkan selepas EUR/USD dan merupakan penanda aras untuk kesihatan ekonomi Asia dan juga ekonomi global. Lihat kadar Dollar-Yen secara langsung dengan carta USD/JPY dan tingkatkan analisis teknikal dan asas anda dengan ramalan, berita dan analisis USD/JPY terkini. Klik di sini untuk mengetahui sejarah tentang USD dan JPY.

Berdagang USD/JPY: Apa yang Anda Perlu Tahu

Pelaburan tinggi dan kadar simpanan tinggi Jepun bermaksud bahawa terdapat spread portfolio pelaburan Jepun di seluruh dunia, secara mendalam, menghubungkan Jepun dengan pasaran dunia lain. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah:

  • Bank of Japan akan kerap campur tangan secara langsung dan secara tidak langsung dalam pasaran pertukaran asing. Bank mengeluarkan Kenyataan Dasar Kewangan setiap bulan untuk mengumumkan kadar faedah dan perubahan dasar.
  • Keluaran ini biasanya disertakan dengan sidang akhbar yang mana gabenor BOJ akan menerangkan butiran keputusan tersebut. Menjejaki keputusan ini memberikan pemahaman mendalam terhadap ekonomi Jepun dan apa kesan campur tangan BOJ kepada nilai yen.
  • Pada bahagian lagi satu bagi pasangan, pedagang perlu juga mengikuti data ekonomi A.S. Laporan ekonomi paling penting yang perlu dilihat ialah: angka jualan peruncitan, data pekerjaan, keluaran kadar faedah dan pengumuman Rizab Persekutuan, CPI dan nombor PMI (Indeks Pengurus Pembelian)

Membantu Jepun dengan Cara Memanipulasi

Manipulasi” biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara yang negatif. Hari ini kita akan melihat bagaimana manipulasi boleh menjadi satu perkara yang penting dan baik untuk ekonomi.

Pada 19 March 2011, berlangsungnya mesyuarat G7 (Group of Seven) yang dianggotai oleh tujuh negara iaitu Jepun, Kanada, Itali, Perancis, German, UK dan US. Mesyuarat ini membincangkan polisi-polisi kewangan yang perlu diambil oleh negara-negara ahli dalam usaha penstabilan ekonomi global.

Mesyuarat ini biasanya menyebabkan perubahan kadar tukaran wang yang sukar dijangka (volatile) apabila spekulator membuat spekulasi mengenai arah tuju polisi kewangan yang dibincangkan.

G7 telah bersetuju untuk mengawal kadar tukaran matawang Yen dalam usaha membantu proses pemulihan ekonomi Jepun.

Bagaimanakah ekonomi Jepun dapat dibantu melalui kawalan kadar tukaran matawang Yen?

Proses pemulihan ekonomi Jepun memerlukan wang yang banyak. Untuk menampung kos ini, Jepun perlu membawa masuk wang dari luar negara. Aset di luar negara sudah tentulah dalam bentuk matawang negara di mana aset itu disimpan. Jika aset tersebut berada di US, nilainya adalah dalam USD dan jika di Europe, nilainya dalam EUR.

Matawang Jepun

Apabila aset-aset ini dijual dan dipindahkan ke Jepun, ia perlu ditukar kepada matawang Yen kerana kontraktor dan semua pihak yang terlibat di Jepun hanya berurusan menggunakan Yen. Apabila wang USD ditukar kepada Yen, proses transaksi yang berlaku ialah “jual USD dan beli Yen.”

Ini akan menyebabkan nilai Yen meningkat. Kenaikan nilai ini adalah kerana permintaan yang tinggi terhadap matawang Yen. Bayangkan situasi di musim tengkujuh di mana ramai orang hendak membeli ikan, tetapi bekalan ikan pula terhad. Sudah tentulah harga ikan akan naik. Begitu juga dengan Yen, lebih banyak Yen dibeli, semakin naiklah nilai Yen

Apa impaknya terhadap Jepun? Bukankah nilai matawang yang tinggi baik untuk Jepun?

Kenaikan nilai Yen adalah satu masalah bagi Jepun. Semakin tinggi nilai Yen naik, semakin kuranglah Yen yang boleh diperolehi dari setiap USD. Lihat contoh di bawah:

Amaun untuk ditukarkan : USD 10 juta

100 Yen per USD (kadar asal) –> JPY 1 billion

80 Yen per USD (kadar baru setelah nilai Yen naik)  –> JPY 0.8 billion

Kita dapat lihat jumlah Yen telah berkurang JPY 200 juta. Nilai Yen yang tinggi akan merugikan Jepun.

Klik Ekonomi Japan Dan Impak Kepada Matawang Yen.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. Samtrade FX
  10. FXTM
  11. Fx Giants
  12. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

 

Matawang JepunUSD/JPY
Comments (0)
Add Comment