MALAYSIA BAKAL PERKENALKAN CUKAI ATAS TALIAN

Pengenalan cukai ini akan turut memberikan kesan kepada trader forex di Malaysia   -Foto BERNAMA-

Malaysia mungkin akan memperkenalkan cukai atas talian, setelah isu ini telah diusulkan oleh Kerajaan Malaysia Malaysia pada sesi pleno melibatkan 10 pemimpin anggota ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 baru-baru ini. .

Usul yang dibawa oleh Tun Mahathir ini menjadi topik hangat dalam Sidang Kemuncak ASEAN tersebut. Walau bagaimanapun, usul ini masih di peringkat awal dan memerlukan perubahan dalam perundangan percukaian Negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perniagaan atas talian hanya memberi keuntungan kepada negara di mana sesebuah syarikat itu beroperasi.

Malah, tegas beliau, perniagaan atas talian juga menyebabkan perniagaan secara konvensional terjejas sekaligus terpaksa gulung tikar.

“Perniagaan atas talian ini, kita tidak tahu siapa yang untung dan ia ‘memakan’ bisnes biasa. Macam Amazon.com, saya kata (mengambil contoh), Amazon jual buku, jadi kedai buku tutup sebab saya boleh jual secara atas talian.
“Jadi sekarang ini, kalau dijual secara terus atas talian, perniagaan kita pun kurang dan cukai kita pun kurang.

“Tapi siapa yang dapat kutip cukai? Kalau ia (cukai) dikutip di tempat (negara) yang mereka beroperasi, di situ ia (sesebuah negara) ambil untung, kita tidak dapat apa,” katanya kepada media Malaysia selepas Majlis Makan Malam Gala sempena perhimpunan 10 negara anggota kesatuan Asia Tenggara itu di sini malam tadi.

BACA: Tun Mahathir cadang cukai dalam talian, pacu ekonomi ASEAN

Justeru, beliau berpandangan negara anggota ASEAN perlu menimbang semula beberapa perkara supaya mereka boleh menerima sebahagian daripada cukai tersebut.

Mengulas berkenaan pembangunan ekonomi rantau ini, Dr Mahathir berkata, antara isu yang turut dibangkitkan adalah usaha untuk menggalakkan perdagangan intra-ASEAN.

“Ada perkara lain juga berkenaan dengan kejasama ASEAN. Kita (ASEAN) dapati, perdagangan intra-ASEAN sangat kecil.

“Kita perlu ada satu usaha khusus untuk adakan perdagangan intra-ASEAN,” katanya.

Negara ASEAN merupakan pilihan pelabur terbesar di rantau ini. Pada 2017, perdagangan ASEAN melonjak 14 peratus, iaitu dengan nilai dagangan sekitar AS$2.6 trilion.

Daripada jumlah itu, 29 peratus merupakan perdagangan intra-ASEAN.

Sebagai Trader forex, kita harus peka dan prihatin dalam perkembangan semasa ini. Pengenalan cukai ini bermakna kita tidak akan terlepas dari perisytiharan pendapatan dan cukai ke atas setiap transaksi online yang kita lakukan.

Bukan sahaja trader forex terkesan dengan cukai ini, makcik jual karipap dan tudung online juga bakal terkena tempiasnya! Kami mengalu-alukan pendapat ada. Sila komen di ruangan yang disediaakan dan share artikel ini untuk manfaat trader semua!

========================================================================

NajmuldinExchanger ; Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

#analisa #tips #panduan #fx #Neteller #Fasapay #LDFBS #LDINSTAFOREX #LDJUSTFOREX #LDFXTM #LDFULLERTON #LDFOG #LDBCR

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Comments (0)
Add Comment