Majlis Iftar Trader Forex Malaysia 2019

Alhamdulillah Majlis Berbuka Puasa (Iftar) Trader Forex Malaysia telah berjalan dengan jayanya pada Sabtu 18 Mei 2019 yang lalu di Gerai Gelas Besar, Subang Bistari. Acara perjumpaan julung kali group ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan.

Lebih 40 orang trader menghadiri acara ini. Ada yang datang semasa Iftar dan ada juga yang datang selepas itu. Perjumaan ini berakhir pada jam 11 malam.

Tahniah kepada Team Admin Trader Forex Malaysia. Semoga ini adalah permulaan kepada perjumaan yang lebih besar akan datang.

SALAM UKHWAH

TRADER FOREX MALAYSIA

Berkongsi & berinteraksi bersama sama dibawah satu bumbung

majlis iftartrader forextrader forex malaysia
Comments (0)
Add Comment