Baru-baru ini saya diajukan dengan pertanyaan adakah benar broker akan mengkaji teknik yang menguntungkan yang digunakan oleh trader dan lakukan sesuatu untuk menyebabkan teknik itu tidak lagi profitable.
Saya tak berani nak komen banyak adakah perkara tersebut berlaku atau tidak sebab saya tak punya pengetahuan sampai ke tahap tersebut, cuma saya dapat berikan pandangan berdasarkan logik dan fakta seperti berikut.
>>TRUSTED LOCAL DEPO JUSTFOREX MALAYSIA & BRUNEI<<
1) Jika dilihat dari sudut hanya satu broker, katakan broker A dan sejumlah trader yang trade di broker tersebut dan broker tersebut memang mengharapkan trader loss sebagai income broker dan terdapat sekumpulan trader yang sentiasa profit dan entry & exit mereka di tempat yang sama, pair yang sama dan kawalan MM yang sama.
Ya, ada kemungkinan broker akan cuba lakukan sesuatu supaya trader loss seperti requote yang melampau lampau, spike yang pelik pelik dan berbagai clause yang sukar untuk trader penuhi.
Tapi untuk menggagalkan sesuatu teknik itu secara langsung dengan mengkaji dan sabotaj teknik itu rasanya broker tiada keupayaan untuk tujuan tersebut.
Tidak dinafikan ada fungsi dealer dlm brokerage sistem yg di package kan sekali dengan mt4.
Fungsi ini digunakan oleh B book broker utk melawan specific account yg telah dikenalpasti sebagai very profitable. Bukan TEKNIK yg dikenalpasti. Tetapi specific ACCOUNT.
Bg market makers ie bank and big hedge fund, mereka pun x tgk apa teknik yg kita retailer pakai. Mereka hanya nampak longgokan order berdasarkan SL atau pending order. Ini bila retail broker tersebut adalah berasaskan STP directly dengan LP. Kalau B Book broker mmg tiada siapa nampak kecuali broker tersebut.
2) Jika dilihat dari konteks keseluruhan brokerage yang ada, jumlah trader yang ada serta jumlah teknik yang ada di seluruh dunia rasanya tak mungkin broker dapat mengawal sesuatu teknik itu. It is a waste of time untuk mereka (broker) mengkaji sesuatu teknik semata mata untuk menggagalkan teknik tersebut kerana kegagalan trader biasanya bukan kerana teknik sahaja tetapi disebabkan oleh berbagai faktor yang lain antaranya emosi, psikologi, disiplin serta risk control.
3) Keampuhan teknik itu sendiri untuk menempuhi market yang dinamik. Kita perlu faham bahawa trading ni berkait rapat dengan kebarangkalian. Suatu teknik itu PASTI ada masa akan loss di sebabkan oleh market yang dinamik dan loss ini bukan bermaksud teknik tersebut “fail” tapi ini adalah nature.
>>DAPATKAN BONUS 100% SUPPORT MARGIN DARI BROKER FOREX<<
Kegagalan trader untuk mengubah mindset mereka tentang loss seperti ini yang menyebabkan mereka cuba memperbaiki sesuatu yang tidak rosak. Ini adalah nature bukannya “fail” sebab itu trader perlu melihat performance trading mereka untuk satu tempoh yang panjang, di sarankan 100 trade setup yang sama di time frame yang sama dan currency yang sama.
Apa yg saya nampak.. Teknik sebenarnya boleh prevail selagi seseorang trader itu follow the rules yg dia sendiri tetapkan
Berdasarkan pengalaman saya dan rakan2 trader yang lain, Trader yg win beribu % selama 2 tahun pon akan goyang dan was was dgn methodology sendiri apabila mereka mengalami loosing streak yg berterusan ( Loss in a Row ), sebab itu dalam statistik LIR ini perlu di ketahui sebelum sesuatu SOP itu digunakan di live market.
Losing streak sebenarnya normal sebagaimana yg di maklumkan diatas. Jadi fokus sepatutnya bagaimana untuk menstabilkan emosi trader bila berhadapan dengan keadaan tersebut bukannya memperbaiki SOP.
Dengan mengetahui prestasi setup mereka untuk 100 trade dan dengan Risk Reward Ratio yang mereka gunakan, trader dapat membuat penilaian adakah setup tersebut dapat menempuh market yang dinamik atau tidak dan samaada menghasilkan profit untuk tempoh yang panjang.
Kegagalan trader untuk mengubah mindset bahawa konsistensi perlu di lihat untuk tempoh yang panjang juga adalah penyebab kepada trader sering bertukar tukar teknik. Mereka sangkakan teknik tersebut “fail” tapi sebenarnya itu mungkin nature teknik tersebut.
Jadi adalah WAJIB untuk trader melakukan backtest/forward test sesuatu teknik yang mereka hendak gunakan untuk mengetahui adakah teknik tersebut mampu memberikan profit untuk jangka panjang atau tidak.
4 perkara penting yang mereka perlu ukur ialah
>> FULLERTON MARKETS; DEPO AKAUN ECN DAN DAPATKAN BONUS 30% SUPPORT MARGIN<<
1) Winning %
2) Risk Reward Ratio yang bersesuaian
3) Frequency trading
4) Loss in a Row
Sebagai contoh, di ruangan komen yang pertama adalah statistik satu teknik untuk tempoh 12 bulan.
Kita dapat lihat dari sini bahawa ada antara bulan-bulan tertentu yang winning % rendah namun untuk keseluruhan 12 bulan teknik ini masih lagi profitable.
Jadi bila trader tidak mempunyai data ini secara keseluruhan, mereka akan mula meragui teknik mereka bila berhadapan dengan loss pada masa- masa tertentu.
Jadi mereka akan cuba “tune” setup tersebut dengan berbagai kaedah dan akhirnya mereka give up dan akan mula bertukar teknik.
Bila bertukar teknik, mereka akan berhadapan dengan situasi yang sama jadi pencarian mereka tidak akan berakhir.
Kesedaran inilah yang saya cuba tanamkan dan ini hanya 1 daripada masalah mindset yang perlu fahami daripada keseluruhan 15 perkara di bawah mindset.
Jadi kita perlu belajar untuk menerima loss dan bukannya meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak walaupun diri kita sendiri kerana loss tersebut adalah “nature” bukannya “failure”, jadi jangan repair benda yang tak rosak.
Hingga bertemu lagi dalam artikel-artikel berikutnya. Set “see first” supaya sentiasa mendapat update terbaru.
Silakan share kepada rakan-rakan sekiranya bermanfaat.
>>JUALBELI NETELLER & FASAPAY: MALAYSIA DAN BRUNEI<<
Bagi yang nak measure performance setup mereka, saya sarankan anda gunakan simulator ini, sangat-sangat membantu untuk memahirkan diri mereka sebelum trading dan memendekkan tempoh training itu sendiri.
Agree do disagree 😊
========================================================================
NajmuldinExchanger ; Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.
Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.
Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.
#analisa #tips #panduan #fx #Neteller #Fasapay #LDFBS #LDINSTAFOREX #LDJUSTFOREX #LDFXTM #LDFULLERTON #LDFOG #LDBCR
Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:
Credit : Ridzuan Rahman
Gambar dari sumber : AMAZON