Kecekapan Anda Dalam Perdagangan

Sekiranya anda pernah menghabiskan masa anda untuk memahami dan memahiri suatu kemahiran, sudah tentu anda akan sedar bahawa lebih banyak yang anda ketahui, sebenarnya masih banyak perkara yang anda masih belum ketahui. Sekarang anda mungkin sudah sedar bahawa bagi setiap puncak yang anda daki, mesti ada puncak yang lebih tinggi untuk didaki.

Dalam erti kata lain, anda baru sahaja mencelupkan kaki anda ke dalam air dan apabila anda memandang sekeliling anda, anda akan nampak lautan yang sangat luas dan dalam daripada apa yang anda sangkakan pada mulanya seakan-akan lautan itu tiada pengakhirannya. Sila klik di sini untuk lebih banyak maklumat.

Jadi bagaimana untuk mengukur kecekapan anda? Dalam perdagangan, salah satu caranya ialah menumpukan perhatian anda pada kenyataan keuntungan dan kerugian (Profit/Loss Statement) anda, akaun betul anda (akaun demo tidak dikira). Selain itu, bagaimana pula cara menentukan tahap kecekapan anda sebagai seorang pedagang? Apabila anda mencapai suatu tahap kecekapan, anda mungkin tidak sedar kerana ianya berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang anda telah perolehi dan alami.

Apa Itu 4 Tahap Kecekapan?

Empat tahap kecekapan digambarkan sebagai “Empat Peringkat Pengajaran” dalam buku bertajuk The Dynamics of Life Skills Coaching oleh jurulatih pengurusan, Martin M. Broadwell 1969.

Tahap pertama: Kejahilan (UNCONSCIOUS INCOMPETENCE)

Tidak sedar akan kemampuan sendiri.

 

Di tahap ini, selalunya seseorang itu tidak sedar betapa teruknya dia dalam membuat sesuatu namun dia tidak nampak atau sedar bahawa anda tidak bagus ketika melakukannya.

Pedagang di tahap ini tidak sedar diri atau tahu had mereka. Tetapi apa yang menjadi ciri mereka daripada pedagang tahap seterusnya ialah mereka tidak menyedari betapa terhadnya mereka sebenarnya.

Mereka mungkin tidak menyedari bahawa asas pengetahuan mereka adalah sebenarnya sebahagian kecil daripada sebahagian kecil daripada perkara yang perlu mereka ketahui. Mereka mungkin tidak melihat bahawa risiko tertentu yang mengintai di pasaran adalah lebih berbahaya daripada yang kelihatan.

Pendek kata, mereka mungkin mengakui apa yang mereka tidak tahu. Tetapi mereka tidak tahu berapa banyak yang mereka tidak tahu. Oleh itu, mereka terdedah kepada risiko atau terlepas peluang hanya kerana mereka tidak dapat melihat perkara yang sedang berlaku di hadapan muka mereka.

Tahap Kedua: Sedar Akan Ketidakcekapannya (CONSCIOUS INCOMPETENCE)

 

Sedar bahawa anda tidak cekap dalam sesuatu perkara

 

Di tahap ini, anda mula menyedari betapa teruknya anda dalam sesuatu kemahiran. Di sinilah, setelah mencelupkan jari kaki anda ke dalam air, anda melihat lautan yang hampir sama ada menelan anda atau menghapuskan anda.

Pada tahap ini anda dapat melihat lautan luas yang tiada hadnya, namun anda sedar yang tak semua bahagian dalam lautan itu patut diterokai. Anda akan melukis ruang atau kawasan kecil untuk memantau dan memerhati keadaan itu untuk mencuba fahaman anda dahulu. Anda mungkin adalah seorang pedagang jangka masa singkat akan tetapi anda mengetahui apa kelebihan dan kekurangan apabila anda memilih untuk menjadi pedagang jangka masa singkat itu.

Anda sedar akan pilihan anda (kerana ada banyak jalan untuk melakukan perdagangan), dengan cara ini anda telah menutup pintu peluang untuk memilih jalan lain dan anda memang inginkan begitu. Anda sedar akan perkara yang anda ketahui namun anda menetapkan benda-benda itu akan dibiarkan begitu tanpa diterokai dan difahami.

Tahap Ketiga: Kecekapan Sedar (CONSCIOUS COMPETENCE)

Sedar akan kelebihan dan kekurangan diri sendiri

 

Pada tahap ini, anda telah berjaya membina pengetahuan dan kemahiran anda, mengetahui sepenuhnya keupayaan dan batasan anda.

Sebagai contoh, anda bekerja dengan satu broker ini, cara mereka membuat kerja sesuai dengan gaya pemikiran dan perdagangan anda. Tapi anda juga memerlukan masa untuk memahami dan memahiri sesuatu perkara seperti mengetahui aliran mikro, kira tahap risiko-untuk-pulangan, ukur anjakan–keseluruhannya, mengikut urutan daripada pengenalan tindakan harga sehingga pelaksanaannya.

Dalam kata lain, anda tahu apa yang anda mahir (dan tidak), dan anda bekerja keras untuk mengembangkan kemahiran yang anda ada. Pelaksanaan anda masih mengikut buku kerana anda masih belum menghayati proses ke tahap fungsi intuitif. Tetapi secara perlahan-lahan, jika diberi masa, latihan dan pemikiran yang mencukupi, anda mungkin sampai ke peringkat terakhir kefungsian optimum dan maksimum.

Tahap Keempat: Kecekapan Tidak Sedar (UNCONSCIOUS COMPETENCE)

Tak sedar akan kebolehan sendiri

 

Pada tahap ini pula, ini merupakan tahap yang terakhir di mana pengalaman anda yang telah terkumpul sehingga satu kemahiran telah menjadi naluri; di situlah anda boleh masuk ke dalam keadaan aliran intuitif dalam bidang amalan tertentu; dan walaupun menyedari betapa banyak lagi yang perlu dipelajari, anda tidak lagi menyedari bahawa tahap kecekapan asas anda sudah jauh lebih tinggi daripada purata pedagang lain.

Anda memahami strategi pengurusan kewangan yang lebih sesuai untuk perdagangan tertentu dan anda boleh menukar perspektif teknikal atau pendekatan yang tidak serasi antara satu sama lain dengan lancar. Anda juga boleh melakukan semua itu dengan yakin dan dengan tahap kepastian yang tinggi (walaupun tidak tahu keputusan itu akan berjaya atau tidak).

Pedagang jenis ini boleh melakukan aktiviti dagangan di mana dia tidak lagi perlu mengikut buku kerana dagangan sudah menjadi terlalu mudah baginya seolah olah berdagang itu seperti bernafas baginya.

Kesimpulan

Kecekapan bukan suatu penguasaan. Sama seperti menjadi pekerja terbaik di syariikat anda, dengan bantuan kecekapan tidak bermaksud anda akan menjadi pekerja terbaik di situ.

Sekiranya anda ingin membina dan mengembangkan akaun anda, anda perlu mencabar diri anda dengan lebih gigih, belajar lebih cepat dan berlatih dengan lebih banyak untuk menambah pengalaman dan pengetahuan anda.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. FXTM
  10. Fx Giants
  11. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Betapa Cekapnya Anda Dalam DaganganTahap Kecekapan Anda
Comments (0)
Add Comment