EXIT POINT & STRATEGY MONEY

EXIT POINT & STRATEGY MONEY MANAGEMENT LEBIH PENTING BERBANDING ENTRY POINT . . .

BETUL KE?

Kita banyak menghabiskan masa dengan mengkaji dan mencari SHARP ENTRY. Tapi kita mengabaikan tentang bab paling penting iaitu exit point dan strategy money management(risk control technique).

Setakat nak entry bukanlah masalah besar. Kalau cari kat google dan youtube banyak orang yang share 1001 teknik entry dan bermacam-macam indicator boleh download free. Tak perlu berhabis duit gi kelas berbayar. Kerana seperti kita tahu, forex is about pattern. Pilih je 1-2 pattern yang mudah kita faham sebagai entry point.

Seperti contoh, dengan menggunakan ‘Three Moving Average Crossover’ (teknik madu tiga, hehehe gurau je 😉 ).

Entry buy apabila EMA50 & EMA100 cross ke atas EMA200. Manakala untuk entry sell pula apabila EMA50 & EMA100 cross ke bawah EMA200 (Sila rujuk chart di bawah). Saya fikir kalau ajar kat budak darjah 6 pun mudah mereka faham.

Permasalahannya adalah exit point :-
1. Kalau dah entry di manakah nak set TP?
2. Kalau position dah profit tapi tak sampai ke TP, bilakah waktu yang sesuai untuk close position sebelum market reverse semula?
3. Kalau sebaik je entry kemudian market terus reverse, bilakah perlu kita emergency exit? Atau perlukah kita tambah position dengan gandakan lot size untuk kita boleh exit dalam keadaan breakeven? Ataupun biarkan dengan rela hati price hit stoploss.

Manakala permasalahan kedua pula adalah strategy money management :-
1. Berapakah lot size yang sesuai untuk entry position. Jika dah emergency exit atau hit stoploss, berapakah lot size yang ideal untuk masuk next setup? Apakah sama seperti sebelumnya atau besarkan lot size atau kecilkan lot size?
2. Berapakah percentage risk yang ideal untuk setiap entry?
.
.
Kalau kita menganggap trade forex adalah sebagai suatu perniagaan, kita haruslah mempunyai sistem perniagaan(trading) yang sistematik. Sistem trading tidaklah boleh statik atau kaku sedangkan kita tahu kita berhadapan dengan pergerakkan market yang berubah-ubah(dinamik) dari masa ke semasa. Kalau strategy kita statik, tentunya lambat laun kita tewas dibaham oleh market. Sebesar mana sekali pun modal kita, lebur jua akhirnya nanti, lagi lagi lah kalau trade takde stoploss atau cutloss. Walaupun sudah buat backtest selama 15 tahun, itu bukanlah jamin mutlak kita boleh untung bila forward test nanti. Backtest hanyalah bertujuan untuk melihat suatu keberangkalian tinggi untuk sesuatu setup yang kita pilih.

Pertanyaan yang harus selalu ada dalam fikiran setiap trader bukanlah profit profit profit semata-mata, sebaliknya adalah risk risk risk. Kalau aku entry ni, tiba-tiba market crash apa akan jadi pada account aku ni ??? Cikgu yang mengajar teknik takkan berani beri jaminan account tak MC. Paling kuat pun dia akan cakap, account saya pun MC juga, market bukan kita punya. Mungkin modal account dia dari fee mengajar, takdelah perit sangat. Kita ni lak modal dari pinjaman bank . . . Masakkkk nak bayar balik 🙁

Waullahuaklam.

Kredit to FB Abdullah Fakhri

====================================================================

TFM www.traderforexmalaysia.com, peneraju portal untuk Trader Forex Malaysia,

Subsidiary NajmuldinExchanger ; Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

#analisa #tips #panduan #fx #Neteller #Fasapay #LDFBS #LDINSTAFOREX #LDJUSTFOREX #LDFXTM #LDFULLERTON #LDFOG #LDBCR

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Comments (0)
Add Comment