Baru pulang dari luar negara ? Dah tahu ke prosedur selepas pulang dari luar negara ?

Artikel ini menyatakan prosedur – prosedur yang perlu dilakukan selepas pulang dari luar negara semasa musim pendemik .

Mutakhir ini , kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk rentas negeri dan ke luar negara. Oleh hal demikian, ramai orang tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk pergi bercuti ataupun pulang ke kampung halaman masing – masing. Justeru tahukah anda tentang prosedur – prosedur yang perlu dilakukan selepas pulang dari luar negara ? Jom kita lihat prosedur yang perlu dilakukan bersama – sama …

Pertama sekali setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), orang ramai perlu mendaftar masuk dan (Check-in) menggunakan aplikasi MySejahtera. Untuk orang ramai yang tidak tahu tujuan MySejahtera dibangunkan ialah untuk membantu pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara sekaligus membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan maklumat awal. Untuk muat turun aplikasi MySejahtera boleh klik di sini Muat Turun MySejahtera.

Selain daripada itu, setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) orang ramai juga perlu menjalani ujian penilaian kesihatan dan saringan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 serta RT-PCR terlebih dahulu. Tambahan lagi, semua kos untuk ujian kesihatan ini perlu ditanggung sendiri oleh orang ramai. Boleh klik di Ujian Kesihatan untuk keterangan lebih lanjut.

Orang ramai yang pulang dari luar negara diwajibkan untuk menjalani kuarantin selepas tiba di tanah air. Hal ini demikian kerana semua orang masih terikat dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan ini, orang ramai mestilah menjalani kuarantin untuk mengelakkan diri daripada wabak penyakit sekaligus dapat mengelakkan daripada menyebarkan  wabak peyakit yang bahaya ini. Untuk informasi lebih lanjut berkenaan kuarantin boleh baca di Berita Harian.

Seterusnya, orang ramai yang ingin manaiki kenderaaan awam seperti teksi untuk kembali ke kediaman masing-masing selepas tiba di tanah air perlu mendapatkan surat kebenaran terlebih dahulu. Surat Kebenaran  tersebut adalah seperti di bawah ini :

Sumber asal berkaitan surat kebenaran di atas boleh klik di sini Surat Kebenaran Menaiki Kenderaan Awam

Semoga perkongsian dari artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai untuk memahami tentang prosedur – prosedur selepas pulang dari luar negara pada musim pendemik. Informasi dalam artikel ini mungkin ada perubahan mengikut situasi semasa di negara kita. Terima kasih…

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. Samtrade FX
  10. FXTM
  11. Fx Giants
  12. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Comments (0)
Add Comment