BAGAIMANA TRADER NAK APPLY LOAN?

 

Ramai antara kita bercita-cita nak jadi full time trader (FTT). Selain risiko loss besar semasa trading, risiko untuk memohon loan di reject juga selalu dibelengu oleh FTT. Nak beli cash duit tak cukop lagi. Terpaksa lah buat loan. Pergi bank  tidak boleh memohon loan kerana bank statement kita tidak kukuh.

Jadi ini saranan saya kepada yang bakal nak jadi FTT :

1. First year aim dulu buka SSM, buka current acc company, buka acc cukai company di LHDN, jika dah ada kwsp teruskan bayar kwsp setiap bulan.
2. Lantik diri menjadi ceo atau owner company. Dalam current acc company perlu ada cash flow gaji kita. Jangan pandang remeh benda ni.
3. Usaha buat kelas atau buat sesuatu produk untuk dijual supaya cash flow acc kita cun. Xde lah duit withdraw je masuk dalam acc kita.
4. Untuk ssm, LHDN dan acc bank, declare buat service bisnes. Sebab tu sy jual buku forex walaupun murah, buat kelas walaupun xde untung pun. Sy just nk acc company ada cash flow.
5. Service bisnes ni income dia unlimited. Jadi bank xkan pelik kalau income kita besar sebab kita tawarkan service kepada masyarakat.
6. Cukai biasa kena bayar jika income company melebihi RM5000. X kisah dah capai RM5000 atau tak, pergi je bayar dekat LHDN setiap bulan cukai niaga. Bayar RM200 setiap bulan tak pe dah. Nanti akhir tahun kira balik berapa yg lebih dan berapa yg tak cukop. Kalau boleh lebihkan bayar cukai.
7. Nanti LHDN akan keluarkan surat kita bayar cukai. Cash flow kita ok. Bawa je surat LHDN dan print statement bank p bank dan cuba tanya berapa kita boleh buat loan.
8. Biasa klau cash flow ok. Cukai kita bayar setiap bulan, nak buat loan rumah tu senang je bank bagi. Yg penting pergi tanya dlu. Bukan kena tangkap dengan polis kalau kita sebagai FTT p tanya psal loan dekat bank.
9. Loan ni cuba buat untuk rumah sahaja. Untuk kereta seeloknya beli cash. Kereta adalah liabiliti. Beli harini, esk dh drop harga. Klau beli tanah, rumah tu setiap hari harga akan naik.
10. Jangan takot untuk bincang dengan pihak bank status pekerjaan kita. Jangan tanya orang biasa. Depa tahu nak menjahanamkan kita je. Pergi tanya pada pihak yg betol. Yg penting, nak stay lama dalam bisnes ikot lah procedure dia. Bukan susah pun.

Semoga bermanfaat.

 

====================================================================

NajmuldinExchanger ; Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia-Brunei.

Kami menjalankan urusan jual beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah, pantas dan cekap.

#analisa #tips #panduan #fx #Neteller #Fasapay #LDFBS #LDINSTAFOREX #LDJUSTFOREX #LDFXTM #LDFULLERTON #LDFOG #LDBCR

Sila lihat senarai perkhidmatan yang kami tawarkan di sini.

Anda boleh hubungi ADMIN saya melalui salah satu dari saluran berikut:

          

Comments (1)
Add Comment
  • fairuz

    soalan sy,klu nk dftar ssm atau buka company atas perniagaan apa? dan perlu ke ada premis perniagaan seperti yang di daftar kan? trima kasih .