Apakah Hukum Forex Dalam Islam ?

Seperti yang kita ketahui bahawa forex ini adalah pertukaran mata wang yang sudah menjadi ‘trending’ pada era hari ini. Disebabkan forex amat popular banyak orang mengeluarkan pendapat dan fatwa tentang forex. Mari kita lihat beberapa fatwa daripada beberapa ustaz untuk mengetahui hukum forex. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Ada tiga syarat yang dipenuhi:

  • Pembeli & Penjual

Pembeli itu wujud, dan penjual itu juga wujud, dua-dua jelas. Dua-dua wujud dan hadir bila pembelian itu berlaku. Bukannya pembeli tak yakin dengan siapa dia beli. Jadi, dekat itu sudah jelas. Pembeli ada, penjual ada.

  • Akad

Akad jual beli. Bila ada yang membeli dan ada pula yang menjual. Transaksi itu juga dipanggil akad. Saya beli, saya jual (penjual). Walaupun tak ada ‘lafaz’ pun tak apa, perbuatan nak membeli dan nak menjual itu pun sudah dikira sebagai akad. Jadi, akad sudah ada. Jelas.

  • Penyerahan Barang

Benda itu wujud tak ? Ya, wujud. Bila pergi Money Changer, kita nampak ‘benda’ itu, iaitu duit yang kita nak tukar. Benda itu wujud depan mata. Dan benda itu diserah terus kepada kita sebaik saja akad. Bukan tangguh atau terlalu advance. Dia serentak. Berlaku akad jual beli, penyerahan barang pun berlaku sekali. Selesai.

Tiga-tiga syarat ini, mesti dipenuhi dan berlaku serentak. Bila dapat selesai semua ini, maka forex dalam keadaan itu hukumnya harus.

Hukum Forex Mengikut Fatwa

Forex Halal Atau Haram Mengikut Fatwa Ustaz Ahmad Dusuki

Mengikut Ustaz Ahmad Dusuki, Forex hukum asalnya harus, tetapi kena ada taktikal analisis. Jika sesuka hati trade ikut probability, ia dikira haram. Kerana ia mempunyai konsep judi. Masih dibenarkan walaupun trade matawang.

Ustaz Dusuki pernah lakukan kajian tentang forex kerana bidang forex ini termasuk dalam bidangnya. Katanya, forex adalah dibenarkan jika kita guna modal yang betul dan tidak disalahgunakan. Jadinya, bila trade, harga naik turun, kalau loss, modal asal kita hilang. Kalau broker tidak digalakkan ambil yang konvensional kerana mempunyai swab charge, mesti ambil yang akaun islamik. Swab charge itu apa? Swab charge ialah seperti overnight charge, ini adalah riba! Ingat pilih lah broker yang sah!

Forex Halal Atau Haram Mengikut Fatwa Ustaz Somad

Mengikut Ustaz Somad, Forex hukum asalnya harus, selagi mana perniagaan tu bebas dari 3 ni, maka dibenarkan:

1) Tiada penipuan

2) Tiada riba

3) Tiada judi

Sebenarnya di dalam hal forex online trading ni, ada sahaja broker yang bagus. Riba tiada swab charge yang terdapat di akaun islamik, anda boleh memohon akaun islamik. Dan jika anda trade guna teknikal analisis, tiada unsur judi. Jadinya, anda halal trading walaupun online. Oleh disebabkan itu, kami sarankan anda belajar trade forex sendiri, sambil ikut signal kami kerana kami yang analisa. Jadinya dibenarkan untuk main forex ni jika anda tepati 3 perkara seperti yang dinyatakan di atas itu. Jika anda tetap ragu ragu dan berpendapat mengatakan haram, anda harusla jauhi forex ini. Buat perbandingan dengan hati yang terbuka.

Forex Trading

Fatwa Perlis Mengatakan Hukum Forex Trading Online Haram

Tiada serahan milik secara tunai dan serta-merta. Ada riba (bunga). Ada dua keadaan. Pertama, ialah pada leverage (pinjaman tunai). Nak buat pertukaran mata wang online, ada caj-caj tertentu daripada platform. Kedua, pada overnight charge, iaitu caj semalaman. Kalau gagal bayar balik leverage tadi, ada caj denda pula. Itu riba. Ingin mengetahui Leverage dari Sudut Feqah Islam?

Wujudnya ketidaktentuan. Dalam kewangan Islam, perlu clear bab-bab transaksi ini. Jika forex trading, tidak jelas. Selidik dahulu platform itu bagaimana. Siapa penyelia bab undang-undang dan sebagainya. ‘Barangan’ yang kita beli itu pun, hanya atas talian. Tidak tentu, betul ada kah barang itu? Dalam kewangan Islam, barangan itu mesti wujud (depan). Kalau tak wujud secara fizikal, mesti ada dokumen sah yang menunjukkan kita sudah memiliki barangan itu. Sebab kewangan Islam menolak ketidaktentuan.

Ada unsur judi. Naik turunnya nilai mata wang ini, bukanlah atas kawalan kita. Tapi untung dan rugi itu hanya bergantung kepada spekulasi kita saja. Ia sama dengan judi sebab, kita bertaruh atas wang. Mendapat keuntungan, di atas kerugian orang lain.

Kelebihan dan Kekurangan Trading Forex

Walaupun pelaburan menjanjikan keuntungan termasuk Forex, namun terdapat juga kelebihan dan kekurangan dalam pelaburan Forex.

Kelebihan Forex

Kekurangan Forex

Sumber pendapatan tambahan

kebanyakan trader yang terlibat dengan dagangan forex adalah untuk memperolehi keuntungan dan dijadikan sumber pendapatan tambahan, ada juga yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama kerana keuntungan yang agak menarik.

Tidak Berpusat dan Tidak dikawal selia

Kebanyakan pasaran forex tidak berpusat dan tidak dikawal selia, segalanya bergantung kepada matawang setiap negara. Ini menyebabkan dagangan Forex menjadi ketakutan sebilangan trader.

Halangan kemasukan dan juga kos transaksi yang rendah

Dalam perdagangan Forex, spread memainkan peranan penting dimana perbezaan harga bid dan ask menjadi satu kelebihan kepada trader dan kosnya juga rendah.

Turun naik pasaran (votaliti)

Umum maklum setiap negara mempunyai turun naik matawang yang sukar dijangka. Antaranya pergerakan ekonomi dan politik yang sukar dijangka. Contohnya tahun lalu apabila pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan pergerakan ekonomi menjadi sangat perlahan untuk semua negara.

Kecairan yang tinggi

Disebabkan pasaran Forex diseluruh dunia adalah lebih besar berbanding pasaran saham, ia menyediakan kecairan yang tinggi kepada trader. 5 trilion USD transaksi sehari untuk pasaran Forex.

Risiko yang wujud

Antara risiko yang wujud dalam forex adalah faedahnya, setiap senaga yang mempunyai kadar faedah yang tinggi akan menguatkan lagi matawang negara tersebut. Secara langsung ia memberikan impak yang besar kepada pasaran Forex itu sendiri.

 

========================================================================

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

  1. FBS
  2. Instaforex
  3. Justforex
  4. BKFX
  5. Forex4You
  6. Tifia
  7. Errante
  8. Fullerton Markets
  9. FXTM
  10. Fx Giants
  11. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Hukum
Comments (0)
Add Comment