Adakah Kanabis Bakal Dihalalkan ?

Apa itu kanabis ?

Merujuk kepada takrif “ganja” yang diperuntukkan di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, Ganja bermaksud mana-mana bahagian tumbuhan genus Ganja yang didapati mengandungi resin tanpa mengira kuantitinya. Tumbuhan ganja mengandungi lebih daripada 460 jenis bahan kimia yang dipanggil cannabinoids. Tiga bahan kimia utama yang mempengaruhi manusia dan mempunyai kepentingan ialah tetrahydrocannabinol perubatan (THC), cannabinol (CBN) dan cannabidiol (CBD). Info lebih lanjut boleh baca di Apa itu kanabis ?

Permohonan bagi penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk dinilai dan didaftarkan sekiranya mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk dipasarkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini tiada produk berasaskan kanabis digunakan bagi tujuan perubatan yang berdaftar di Malaysia. Sekiranya terdapat pihak yang mempunyai bukti saintifik mencukupi untuk menggunakan kanabis bagi tujuan perubatan dengan mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya boleh membuat permohonan.

“Permohonan untuk mendaftarkan keluaran mengandungi kanabis bagi tujuan perubatan itu boleh dikemukakan kepada PBKD untuk dinilai dan didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta seterusnya dipasarkan di Malaysia,” katanya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga berkata bahawa PBKD pernah mendaftarkan satu produk berasaskan kanabis iaitu ‘Sativex’ pada tahun 2014, namun atas permintaan pihak syarikat itu pendaftaran produk berkenaan dibatalkan pada tahun 2017. Akta sedia ada yang mengawal selia kanabis dan hasil di negara ini iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan. Untuk berita lanjut boleh baca di Sinar Harian

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyarankan agar kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kebaikan serta memberi kelulusan kepada industri ganja jenis ‘hemp’ dan marijuana perubatan bagi memastikan industri tersebut dikawal selia dengan baik.

Tambahan lagi, Syed Saddiq juga berkata sudah tiba masa bagi Malaysia melaksanakan usaha itu memandangkan industri tersebut boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif termasuk kepada masalah kesihatan mental. Klik di Majoriti untuk info lanjut.

 

========================================================================

 

NajmuldinExchanger  Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.

Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.

Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :

1. FBS
2. Instaforex
3. Justforex
4. BKFX
5. Forex4You
6. Tifia
7. Errante
8. Fullerton Markets
9. Samtrade FX
10. FXTM
11. Fx Giants
12. CXM Direct

Hubungi WhatsApp kami sekarang :

http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my

Ikuti Telegram kami sekarang :

http://t.me/crewnajmuldinexchanger

Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :

https://www.facebook.com/najmuldinexchanger

Comments (0)
Add Comment