Untuk berjaya tidak kira dalam bidang apa-apapun seperti dagangan, bisnes dan menjadi ibubapa yang hebat tidak mudah seperti yang disangkakan. Ia memerlukan banyak masa dan perkembangan kendiri untuk menjadi lebih baik atau yang terbaik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Anda akan sentiasa diuji oleh persekitaran anda (pasaran Forex, pekerja-pekerja anda, rakan-rakan sekerja atau anak-anak anda), dan bagaimana anda bertindak sebelum, semasa dan selepas menghadapi cabaran. Semua itu memainkan peranan untuk kejayaan anda.
Sebagai pedagang, anda semua mempunyai hari atau minggu apabila keadaan tidak berjalan seperti yang anda inginkan. Kerugian mula membayangi kemenangan, dan ianya nampak seperti tidak boleh menang dan dapat keuntungan secara konsisten. Anda mula tertanya-tanya sama ada anda boleh membuat apa-apa wang “sebenar” dan jika matlamat kami untuk menjadi pedagang forex sepenuh masa akan dapat direalisasikan.
Fikiran anda dipenuhi seperti, “Mengapa saya menceburi perdagangan forex?” Ia tidak lain hanyalah pembina tekanan dan sakit kepala yang sangat besar. Sebagai seorang manusia, kita akan mempunyai hari di mana semuanya serba tidak kena. Semua perkara yang kita buat terasa seperti tidak sempurna dan mempunyai kekurangannya tidak seperti hari yang lain. Di saat ini kita mula tertanya-tanya jika apa yang kita buat ni betul atau tidak dan adakah ianya akan memberi perubahan atau kesan kepada kehidupan anda.
Jika anda pernah merasakan perkara ini dan bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan yang sama, sudah tiba masanya untuk duduk dan memikirkan pemikiran positif anda. Mana-mana pedagang forex yang berjaya akan memberitahu anda bahawa dia telah membuat keputusan mental untuk bersikap sepositif yang mungkin dalam berfikir, bertindak, dan melakukan dan mempunyai fikiran yang positif adalah kritikal dalam mengatasi halangan yang dibawa oleh perdagangan.
Petua Untuk Menjadi Positif
Mulakan Hari Anda Dengan Sifat Yang Positif
Mulakan pagi dengan melihat diri anda di cermin dan berkata “Saya cukup baik, saya cukup bijak, dan orang SUKA saya!” Dan katakan ia dengan penuh semangat supaya anda benar-benar percaya dengan apa yang anda cakapkan. Ianya seperti mempromosikan diri anda untuk diri anda sendiri.
Ia akan dapat membantu anda mendapatkan minda yang tenang dan membantu anda memulakan hari anda dengan berfikiran positif. Jika melihat cermin menakutkan anda, cuba katakan dengan kuat kepada diri sendiri atau dengan menjerit dengan kuat untuk buktikan kepada diri anda.
Sepanjang hari, lebih banyak tekanan dan tugasan yang perlu dilakukan, lebih banyak kebimbangan meningkat. Anda mungkin tidak menyedari bahawa mood anda akan berubah apabila anda mengalami tekanan. Maka dengan meningkatkan mood anda di awal pagi, walaupun mood anda akan berkurangan namun anda akan tetap ada tenaga positif itu kerana rutin pagi itu.
Buang Aura Negatif Itu
Ambil masa untuk memahami fikiran negatif anda, apabila anda sedikit demi sedikit membuang aura negatif itu daripada fikiran anda, anda sudah mula berfikiran positif dan secara tidak langsung anda sudah mula membentuk sikap yang positif. Cara apa yang lebih baik untuk buang aura negatif daripada anda melainkan dengan mendengar muzik yang ceria. Muzik menjadikan segala-galanya lebih baik, dan ini bukan sahaja kerana semua orang suka mendengar muzik, tetapi disebabkan hakikatnya, kesannya yang bermanfaat terhadap cara kita berfikir didokumentasikan dengan baik.
Pasaran ada masanya ianya naik dan ada masa juga dia akan jatuh. Begitu juga lah dalam perdagangan, kerugian tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Fikir dan bayangkan diri anda sebagai pedagang yang berjaya. Anda cuma perlu bayangkan keputusan dan masa depan yang positif sahaja. Bayangkan kemewahan yang anda telah ciptakan dan gaya hidup yang anda boleh dapat. Pemikiran seperti ini mampu menguatkan idea yang membuat anda mula memasuki pasaran dagangan dan memberikan semangat untuk anda terus kekal dalamnya.
Sebarkan Aura Positif
Bantulah diri anda dengan menjadi seseorang yang menyebarkan perkara-perkara positif kepada orang lain dan diri anda. Sekiranya anda cuma menggunakan perkara-perkara negatif, ianya hanya akan menghalang potensi dan menghalang anda daripada berkembang sebagai seorang pedagang.
Jangan memandang rendah kuasa sokongan sosial yang anda boleh perolehi daripada keluarga, rakan, orang penting dan sebagainya. Pemikiran positif memerlukan kemahiran sosial, dan anda perlu berusaha untuk mempunyai hubungan yang sihat dengan orang sekeliling hidup anda.
Lakukan yang terbaik untuk menghadapi halangan pasaran dan anggapnya sebagai peluang anda untuk mendapatkan keuntungan dan kejayaan. Dengan berhadapan dan berurusan dengan halangan ini, ia akan dapat membantu anda untuk mencipta pengalaman perdagangan yang lebih baik.
Kesimpulan
Adalah mudah untuk membiarkan pemikiran negatif mengawal anda, tetapi ia menghalang anda daripada memenuhi potensi anda, mencapai semua yang anda boleh, dan mempunyai hubungan yang sihat dengan orang dalam hidup anda.
Perubahan kecil dalam cara anda berfikir tentang diri anda, berfikir tentang orang lain, dan berfikir tentang perdagangan akan membawa kepada kejayaan keseluruhan anda sebagai pedagang.
Walaupun pemikiran positif tidak menjamin kejayaan, ia meletakkan anda dalam minda yang anda perlukan untuk membantu anda mendapat keuntungan dagangan anda. Dalam dunia perdagangan forex, anda memerlukan setiap kelebihan yang anda boleh dapatkan.
========================================================================
NajmuldinExchanger Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.
Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.
Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :
Hubungi WhatsApp kami sekarang :
http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my
Ikuti Telegram kami sekarang :
http://t.me/crewnajmuldinexchanger
Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :